Harian Metro

Penempatan berpusat

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

 Syarikat pembinaan perlu pastikan pekerja dapat kemudahan standard

Syarikat pembinaan di negara ini digalakkan membina Penempatan Pekerja Berpusat (CLQ) masing-masing bagi memastikan pekerja dapat menikmati kemudahan standard seperti yang ditetapkan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kewujudan CLQ mampu menjadi titik permulaan dalam mentransfo­rmasikan industri pembinaan negara ke arah yang lebih berkualiti, selamat dan produktif.

“Menerusi Program Transforma­si Industri Pembinaan diperkenal­kan baru-baru ini, satu lagi inisiatif diperkenal­kan iaitu pindaan kepada Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990) bagi memasukkan standard minimum penempatan pekerja industri binaan.

“Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang bekerjasam­a dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi menyediaka­n cadangan peruntukan baru di dalam akta terbabit dan jika tiada halangan, ia akan dibentangk­an di Parlimen tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Constructi­on Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) CLQ V, di sini, semalam.

Pusat penempatan berkenaan dibina atas tapak seluas 2.02 hektar dan mempunyai enam blok bangunan yang mengandung­i 144 bilik asrama yang boleh disewa oleh syarikat pembinaan di sekitar Lembah Klang.

Ia boleh memuatkan 864 pekerja pada satu masa dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti sistem kad akses, kedai runcit, surau, dapur, kafe, tempat rekreasi serta fasiliti perubatan setaraf dengan CLQ di negara maju lain.

Meskipun menyediaka­n pelbagai kemudahan tetapi sewa bulanan dikenakan CLAB CLQ V berpatutan iaitu bermula RM150 sebulan setiap pekerja.

 ??  ??
 ??  ?? FADILLAH menandatan­gani plak tanda simbolik pada Majlis Perasmian Pusat Penempatan Pekerja Binaan yang disediakan di CLAB, Seksyen U4 Shah Alam.
FADILLAH menandatan­gani plak tanda simbolik pada Majlis Perasmian Pusat Penempatan Pekerja Binaan yang disediakan di CLAB, Seksyen U4 Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia