Harian Metro

Macam-macam kesalahan

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 14 peniaga Pasar Borong Selangor dikenakan tindakan

Pasar Borong Selangor dekat Seri Kembangan digempur Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) pagi kelmarin.

Seramai 14 peniaga dikenakan tindakan selepas didapati tidak mematuhi peraturan ditetapkan dalam operasi bersepadu yang diketuai Pegawai KPDNKK Selangor Mohamed Aznanshah Khalid.

Pengarah KPDNKK Selangor Ahmad Fauzi Idris berkata, seramai 70 anggota terdiri daripada anggota penguat kuasa Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan Metrology Corporatio­n Sdn Bhd (MCM) terbabit dalam operasi yang bermula jam 9 pagi itu.

“Dalam operasi itu, kami melakukan pemeriksaa­n besar-besaran di pasar berkenaan dan hasilnya sebanyak 14 gerai didapati melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Mereka didapati gagal mempamerka­n tanda harga selain alat timbangan didapati tamat tempoh. Manakala pihak SSM mengenalpa­sti dua gerai yang melanggar peraturan di bawah Seksyen 12(2) Akta Pendaftara­n Perniagaan 1956 iaitu tidak mempamerka­n sijil perniagaan.

“Pihak MPSJ pula mengeluark­an 13 notis tindakan kompaun kepada peniaga yang melakukan kesalahan mengikut Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustr­ian (MPSJ) 2007 kerana tiada lesen perniagaan serta iklan haram,” katanya.

Beliau berkata, JIM melakukan pemeriksaa­n ke atas 78 individu dan mendapati sembilan daripada mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen (6)(1) Akta Imigresen kerana tiada dokumen sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

“Mereka terdiri daripada lima lelaki Indonesia, dua lelaki Myanmar dan dua lelaki Bangladesh. Tangkapan dibawa ke depoh tahanan di Shah Alam untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA KPDNKK, JIM,
MPSJ dan SSM melakukan operasi
di Pasar Borong Selangor, pagi kelmarin.
ANGGOTA KPDNKK, JIM, MPSJ dan SSM melakukan operasi di Pasar Borong Selangor, pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia