Harian Metro

Rampas 2,011 barang tiruan berjenama

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 2,011 unit pelbagai barangan tiruan berjenama terkenal bernilai RM89,905 dirampas penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dalam Ops Barang Tiruan dalam satu serbuan di sebuah pusat beli belah di Bukit Bintang, di sini kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mhd Yusof W Taib berkata, operasi itu diadakan bersama Skuad Tindakan Khas (SAS) KPDNKK Malaysia dan dua wakil syarikat yang memiliki hak cap dagangan terhadap jenama seperti Gucci, Chanel, Louis Vuitton, MK, Nike, Adidas, Puma, Converse dan Reebok.

Katanya, dalam operasi itu, lima premis di pusat itu yang menjual barangan tiruan berjenama berkenaan diperiksa membabitka­n tiga premis dimiliki rakyat tempatan manakala dua lagi dimiliki warga Bangladesh.

“Menerusi operasi itu, kami menyita barangan tiruan berdasarka­n aduan wakil syarikat yang memiliki hak cap dagangan jenama terkenal di negara ini,” katanya. Petaling Jaya: Seorang jurujual mesin air dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menyalahgu­nakan wang berjumlah RM58,000 yang dimasukkan dalam akaun tempatnya bekerja, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Ashraf Johari, 29, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyalahgu­nakan wang tunai berjumlah RM38,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia