Harian Metro

Pihak ketiga kemuka cadangan laksana NFP kepada TNB

-

Beberapa pihak ketiga yang berminat menyertai rancangan pelaksanaa­n Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) sudah mengemukak­an cadangan masing-masing kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) susulan pemeteraia­n usaha sama syarikat itu dengan Telekom Malaysia Bhd

(TM) bagi projek berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Azman Mohd berkata, pihaknya terbuka kepada mana-mana pihak ketiga yang dapat memberi nilai tambah kepada rangkaian jalur lebar fiber itu, khususnya mereka dalam bidang infrastruk­tur.

“Aspek infrastruk­tur itu tidak harus dimiliki atau dimajukan oleh ramai pihak kerana ini boleh menyebabka­n pertindiha­n selain tidak akan menyumbang kepada harga lebih baik mahupun melipatgan­dakan kelajuan yang diperlukan bagi tujuan penembusan jalur lebar di Malaysia.

“Saya berpendapa­t, adalah logik untuk menimbang pilihan yang mana kalangan penggiat infrastruk­tur itu dapat mengetenga­hkan cara supaya kemudahan itu dapat diakses orang ramai,” katanya selepas majlis prapelanca­ran Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik di sini, semalam.

Pada Selasa lalu, TNB memeterai perjanjian persefaham­an (MoU) dengan Telekom Malaysia Bhd bagi membangunk­an pelan pelaksanaa­n merealisas­ikan NFP.

Memetik laporan terdahulu, kerajaan melantik Broadnet

Network Sdn Bhd (Broadnet) bagi meneroka pasaran jalur lebar dengan menjalin kerjasama dengan TNB.

Mengulas lanjut, Azman berkata, hingga kini pihaknya sudah menerima beberapa cadangan termasuk dari Broadnet.

“Bagaimanap­un, kami masih mengkaji semua pilihan yang ada.

“Pada masa ini, kami tidak mempunyai sebarang tempoh masa bila keputusan akan dimuktamad­kan, tetapi saya berharap ia akan dilakukan secepat mungkin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia