Harian Metro

Khazanah fokus pelaburan baru

-

Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) akan terus kekal pada landasan sedia ada dengan fokus terhadap penghasila­n prestasi kewangan dan strategik jangka panjang di tengah-tengah tinjauan pelaburan yang berhati-hati.

Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pihaknya akan meletakkan fokus terhadap langkah memacu landskap perniagaan mampan dan bertanggun­gjawab, serta pembanguna­n kapasiti bakat.

“Khazanah akan terus membuat pelaburan baru dalam syarikat yang mencatatka­n pertumbuha­n terutama dalam sektor inovasi dan teknologi dan pada masa sama meraih nilai melalui pelupusan strategik.

“Pelaburan baharu yang dilaksanak­an termasuk dalam edotco Group Sdn Bhd, Sigfox dan Koubei, sebuah syarikat gabungan Alibaba manakala, pelupusan pula termasuk dalam VeloCloud Networks Inc, Tech Mahindra dan China Huarong Asset Management Co Ltd,” katanya pada taklimat media Ulasan Tahunan Khazanah ke-14 di sini, semalam.

Khazanah membuat 14 pelaburan berasingan baharu berjumlah RM6.3 bilion dan 12 pelupusan pada tahun lalu yang menjana hasil RM6.4 bilion dengan keuntungan daripada pelupusan sebanyak RM2.5 bilion.

Bagi tahun lalu, Khazanah merekodkan nilai pelaburan tertinggi dalam sejarah bagi tahun lalu, didorong peningkata­n pasaran saham dalam dan luar negara.

Cabang pelaburan kerajaan itu mencatat nilai bersih portfolion­ya (NWA) sebanyak RM115.6 bilion, naik RM13.4 bilion atau 13.2 peratus, sekali gus menjadikan­nya yang tertinggi dalam sejarah berbanding RM102.1 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagi Nilai Aset Boleh Direalisas­i (RAV) pula, ia mencecah RM157.2 bilion setakat 31 Disember tahun lalu, meningkat 8.2 peratus daripada RM145.3 bilion pada 2016.

Cabang pelaburan kerajaan itu juga mencatatka­n keuntungan sebelum cukai belum diaudit sebanyak RM2.892 bilion bagi tahun kewangan 2017, meningkat 84.6 peratus berbanding RM1.566 bilion yang direkodkan pada 2016.

Ini menjadikan keuntungan sebelum cukai terkumpul sayap pelaburan kerajaan itu sejak Mei 2004 kini sudah mencecah RM27.977 bilion.

Khazanah turut mengisytih­arkan dividen kepada kerajaan sebanyak RM1 bilion bagi tahun lalu, menjadikan jumlah dividen yang diisytihar­kan sejak Mei 2004 adalah RM10.11 bilion.

 ?? Azman Mokhtar ?? Khazanah akan terus membuat pelaburan baru dalam syarikat yang mencatatka­n pertumbuha­n terutama dalam sektor inovasi dan teknologi dan pada masa sama meraih nilai melalui pelupusan strategik”
Azman Mokhtar Khazanah akan terus membuat pelaburan baru dalam syarikat yang mencatatka­n pertumbuha­n terutama dalam sektor inovasi dan teknologi dan pada masa sama meraih nilai melalui pelupusan strategik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia