Harian Metro

Buah segar dari Australia

 Tesco sedia produk berkualiti dari Victoria bermula Februari hingga Mei

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Tesco Malaysia akan terus menawarkan buah-buahan segar import berikutan permintaan yang meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Paul Ritchie berkata, sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini, Tesco tampil melancarka­n kempen Taste Australia dengan kerjasama kerajaan Negeri Victoria, Australia.

Katanya, Australia terkenal sebagai negara yang mempunyai reputasi tinggi bagi pengeluara­n produk berkualiti dan Tesco menjalin kerjasama erat menyediaka­n buah segar dari negara itu sejak beberapa tahun lalu.

“Walaupun mencabar, Tesco mahu memastikan pelanggan mendapat produk segar serta terbaik dan menerusi kerjasama ini, kami yakin pelanggan berpuas hati kerana harga yang ditawarkan­berbaloi dengan kesegaran buah yang dibawa terus dari Australia.

“Kali ini, Tesco membawa masuk buah ceri, pic, plum dan aprikot yang boleh didapati di semua cawangan seluruh negara bermula Februari hingga Mei ini,” katanya selepas pelancaran kempen Taste Australia di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjay­a Asia Tenggara Perdaganga­n dan Pelaburan Victoria Amelia Fyfield.

Ritchie berkata, rantaian bekalan Tesco akan memastikan pelanggann­ya mendapat buah paling segar, enak dan berkualiti.

Beliau berkata, pihaknya menyaksika­n peningkata­n dalam permintaan terhadap buah segar dan produk segar lain.

“Setiap tahun kami membawa masuk pelbagai buah yang menjadi kegemaran dan pilihan rakyat di negara ini dan semestinya pada harga mampu milik,” katanya.

 ??  ?? RITCHIE (kiri) bersama Fyfield pada majlis pelancaran kempen Taste Australia, semalam.
RITCHIE (kiri) bersama Fyfield pada majlis pelancaran kempen Taste Australia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia