Harian Metro

Myanmar rampas dadah RM214 juta

-

Yangon: Pihak berkuasa Myanmar merampas 30 juta pil methamphet­amine bersama lebih dua tan serbuk methamphet­amine dan heroin dalam rampasan dadah terbesar di negara itu.

Kementeria­n Hal Ehwal Dalam Negeri berkata, operasi di kawasan terpencil di utara Myanmar itu dibuat selepas empat suspek pengedar dadah ditangkap Selasa lalu.

Susulan tangkapan itu polis menyerbu sebuah rumah di bandar Kutkai, negeri Shan, di mana dadah itu ditemui.

“Ia rampasan dadah dengan jumlah terbesar dalam sejarah,” kata seorang pegawai kanan polis dari jabatan antidadah yang enggan namanya didedahkan susulan siasatan masih dijalankan.

Selain methamphet­amine, pihak berkuasa turut menemui 502 kilogram heroin dan 1,750 kilogram serbuk methamphet­amine.

Semua dadah itu dianggarka­n bernilai AS$54 juta (RM214 juta) atau seperlima jumlah narkotik yang dirampas di negara itu sepanjang tahun lalu.

Imej bungkusan dadah itu yang disusun di atas sebuah meja disiarkan oleh kementeria­n berkenaan.

Myanmar adalah pengeluar candu kedua terbesar di dunia selepas Afghanista­n.

Bagaimanap­un penanaman popi semakin berkurang ekoran permintaan untuk methamphet­amine semakin meningkat dan lebih memberi keuntungan.

Kawasan sempadan negara itu yang kurang kawalan menjadi hab untuk menghasilk­an methamphet­amine dan versi dadah yang lebih ketagih di seluruh Asia Tenggara.

Pengedaran dadah semakin meningkat di seluruh negara itu terutama di negeri bergolak, Shan, kerana kebanyakan kumpulan etnik bersenjata menggunaka­nnya untuk membeli senjata. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia