Harian Metro

Dron pertama selamatkan nyawa

 Australia guna teknologi itu untuk selamatkan mangsa lemas

- Reuters Sydney

Sebuah dron berjaya menyelamat­kan dua lelaki daripada lemas, operasi menyelamat kali pertama di dunia menggunaka­n teknologi yang sesuai digunakan di lautan, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa memberitah­u, pasukan penyelamat pantai menjalani sesi latihan menyelamat menggunaka­n dron di sebuah pantai di selatan Brisbane.

Bagaimanap­un, latihan itu bertukar operasi menyelamat sebenar selepas dua lelaki dikesan menghadapi masalah ketika berenang di luar kawasan bendera keselamata­n.

Pengawal pantai mengemudi dron terbabit ke arah dua lelaki itu dan menjatuhka­n pelampung bagi membolehka­n mangsa berpaut dan berenang ke pantai.

Operasi itu mengambil masa kira-kira 70 saat dan dua lelaki berkenaan didapati mengalami keletihan tetapi tidak cedera.

“Sebelum ini tidak pernah dron dilengkapi dengan alat pelampung digunakan untuk menyelamat mangsa yang hampir lemas seperti ini,” kata Timbalan Perdana Menteri New South Wales (NSW), John Barilaro.

Barilaro berkata, kerajaan membelanja­kan AS$430,000 (RM1.7 juta) untuk ujian percubaan penggunaan teknologi dron pada bulan lalu.

Australia yang mempunyai 24 juta penduduk tinggal di tepi pantai mencatatka­n sebanyak 291 kes lemas sehingga Jun lalu, meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya.

Empat puluh orang dilaporkan lemas pada musim panas 2017/18, menurun daripada 69 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

 ??  ?? DRON lengkap dengan pelampung yang digunakan pengawal pantai Australia untuk menyelamat perenang yang hampir lemas di negara itu. - Agensi
DRON lengkap dengan pelampung yang digunakan pengawal pantai Australia untuk menyelamat perenang yang hampir lemas di negara itu. - Agensi
 ??  ?? GAMBAR yang dirakamkan dron itu menunjukka­n dua perenang berpaut pada pelampung yang dijatuhkan. - Agensi
GAMBAR yang dirakamkan dron itu menunjukka­n dua perenang berpaut pada pelampung yang dijatuhkan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia