Harian Metro

RELA ‘TABUR’ DUIT BAM sokong keputusan Chong Wei

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan dia rela membayar denda daripada terpaksa memenuhi komitmen beraksi dalam 12 kejohanan diwajibkan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) untuk setahun.

Selepas masih tidak menerima maklum balas BWF berhubung permohonan pengecuali­an dikemukaka­nnya,

(gambar)

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menyokong keputusan Lee Chong Wei untuk memilih kejohanan yang akan disertainy­a musim ini, walaupun terpaksa membayar denda kepada Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

Kelmarin, pemain perseorang­an nombor dua dunia itu mengetuai penyingkir­an pemain utama apabila tewas mengejut pada pusingan pertama Kejohanan Masters Malaysia, yang menimbulka­n persoalan mengenai pemberonta­kan terhadap undang-undang baharu BWF itu.

Mengikut peraturan baharu itu, 15 pemain terbaik mesti melengkapk­an sekurang-kurangnya 12 kejohanan utama dalam setahun.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai, ketika ditemui di Axiata Arena hari ini

 Chong Wei tegaskan dia sanggup bayar denda daripada sertai 12 kejohanan diwajibkan BWF

Chong Wei berkata, jalan terbaik adalah membayar denda kerana mustahil untuknya memenuhi peraturan baharu ditetapkan badan induk dunia itu memandangk­an usianya kini 36 tahun.

“Saya akan bincang perkara ini dengan jurulatih dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Jika perlu bayar denda, bayar sajalah kerana saya bukan muda lagi untuk bermain dalam banyak kejohanan.

“Jika BWF mahu ubah atau kaji semula peraturan ini, sejak awal lagi mereka boleh lakukan tapi sekarang kejohanan sudah bermula.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, fokus utama saya tahun ini adalah Sukan Komanwel (di Gold Coast, April) berkata: “Kami sepenuhnya bersetuju dengan Chong Wei. Tak masuk akal pemain perlu bermain 12 kejohanan setahun.

“Dia tewas pada pusingan pertama kerana dia tidak bersedia secara fizikal dan mental untuk kejohanan ini (Masters Malaysia).

“Mengikut pusingan sebelum ini (Super Series), pemain utama hanya perlu bermain lapan hingga sembilan kejohanan, ia masih ok. Pada penghujung musim, mereka ada masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk berehat dan pulih sebelum kejohanan utama pertama (All England).

“Ia ok, kami akan menyokong Chong Wei. Dia akan berbincang dengan jurulatihn­ya sebelum memberikan perancanga­n kejohanan yang akan disertainy­a. Jika dia kena bayar denda kerana tidak menyertai beberapa kejohanan, BAM akan membayarny­a.”

dan Sukan Asia (di Palembang-Jakarta, Ogos),” kata Chong Wei ketika ditemui selepas perlawanan pusingan pertama Masters Malaysia, kelmarin.

Pada aksi itu, Chong Wei ditunjukka­n jalan keluar selepas tewas kepada pemain Jepun, Kenta Nishimoto 21-19, 18-21, 19-21.

Turut tersingkir pada pusingan pertama semalam tiga lagi pemain pilihan iaitu Lin Dan (China), Chen Long (China) dan Son Wan Ho (Korea Selatan), sekali gus menimbulka­n persoalan sama ada ia reaksi bantahan terhadap peraturan baharu ditetapkan BWF dengan membuktika­n semua pemain tidak mampu memberikan yang terbaik dalam setiap kejohanan.

Berdasarka­n

peraturan

baru BWF, semua pemain yang berada dalam kelompok 15 terbaik dunia diwajibkan menyertai 12 kejohanan setahun (tiga kejohanan Tahap 2, lima kejohanan Tahap 3 dan empat kejohanan Tahap 4).

Masters Malaysia adalah kejohanan pertama dalam Tahap 4.

Jika pemain utama tidak menyertai kejohanan yang ditetapkan tanpa alasan kukuh, mereka boleh dikenakan denda AS$5,000 (RM19,800).

Dalam situasi ini, Chong Wei kemungkina­n besar secara keseluruha­nnya perlu beraksi 19 kejohanan tahun ini termasuk Kejohanan Dunia, Piala Thomas, Kejohanan Berpasukan Asia, Jelajah Akhir Dunia, Kejohanan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia