Harian Metro

Hasrat Blue Warriors lebur

-

Kuala Lumpur: Hasrat Blue Warriors meraih tiga mata penuh pada perlawanan pertama Liga Hoki Wanita Malaysia lebur apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang juara bertahan, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT), semalam.

Skuad kendalian Zulkhairi Ariffin pada awalnya dilihat mampu meraih tiga mata penuh selepas tonggak import dari India, Reena Rani menjaringk­an gol menerusi pukulan sudut penalti di minit ke-37.

Bagaimanap­un, dua minit sebelum tamat permainan, Rabiatul Adawiyah Mohamed berjaya menyamakan kedudukan hasil gol padang.

Menurut Zulkhairi, keputusan seri itu sememangny­a mengecewak­an selepas barisan pemainnya mempunyai peluang terbaik membuka kempen musim ini dengan kemenangan.

“Sememangny­a saya kecewa kerana gawang kita bolos hanya pada dua minit terakhir.

“Sepatutnya setiap pemain tidak perlu terburu-buru. Hanya kerana kesilapan mudah ia membuatkan lawan berjaya menjaringk­an gol,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di Stadium Tun Razak.

Bagaimanap­un, Zulkhairi tetap memuji persembaha­n anak buahnya mengambil kira ia perlawanan pertama mereka.

“Di awal permainan memang sukar untuk mencari keserasian. Hanya pada suku ketiga barulah nampak setiap pemain selesa dengan corak permainan masing-masing.

“Tiga pemain import dari India juga memberikan persembaha­n baik walaupun kurang seminggu mereka tiba di sini,” katanya.

Sementara itu, di Padang Hoki SMK Dato Lela Pahlawan, Kulim, UiTM-KPT membelasah MSN Kedah 4-0.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pula, PKS-Uniten-KPT berkenduri gol dengan membenam Penang Juniors 7-1.

 ??  ?? PEMAIN TLHT, Norazlin Sumantri (dua kanan) diasak pemain Blue Warriors, Ritu Rani (kanan) dan Nadia Abd Rahman (tiga kanan).
FOTO: OWEE AH CHUN
PEMAIN TLHT, Norazlin Sumantri (dua kanan) diasak pemain Blue Warriors, Ritu Rani (kanan) dan Nadia Abd Rahman (tiga kanan). FOTO: OWEE AH CHUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia