Harian Metro

Laluan getir

 Ujian sebenar V Shem, Wee Kiong bertemu juara dunia

- Helmi Talkah Helmi Talkah

Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menyifatka­n pertemuan menentang juara dunia 2017 dari China, Liu Chen-Zhang Nan pada aksi suku akhir Malaysia Masters, hari ini sebagai ujian sebenar buat mereka selepas kembali digandingk­an awal bulan ini.

Terdahulu, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu mara ke suku akhir selepas menewaskan rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin 21-17, 21-17 manakala Liu Chen-Zhang Nan mengetepik­an cabaran Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe 21-11, 21-13 pada aksi pusingan kedua di Arena Axiata, semalam.

“Kami pernah bertemu mereka beberapa kali sebelum kami dipisahkan. Sudah pasti ia menjadi perlawanan yang sukar tetapi kami akan beri yang terbaik dan memberi tentangan sengit,” kata Wee Kiong.

Sementara itu, V Shem berkata, kombinasin­ya bersama Wee Kiong semakin bertambah baik dan berharap mampu melakar banyak kejayaan dalam saingan tahun ini.

Tahun 2016 adalah detik gemilang beregu itu apabila meraih perak Olimpik Rio dan beberapa gelaran juara termasuk Terbuka Denmark dan Siri Super Akhir di Dubai.

“Setakat ini semuanya berjalan baik, persefaham­an serta kombinasi kami lebih baik. Diharapkan, kami boleh kekalkan dan mencapai lebih banyak kejayaan tahun ini,” kata V Shem.

Saingan Malaysia Masters adalah kejohanan kedua V Shem-Wee Kiong sejak kembali digandingk­an selepas beraksi di Thailand Masters, minggu lalu.

Di Bangkok, beregu ke-29 dunia itu berjaya mara sehingga separuh akhir sebelum tewas di tangan gandingan tuan rumah, Tinn Isriyanet-Kittisak Namdash.

Dalam pada itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie turut mengesahka­n tempat ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan, Wang Chi Lin-Lee Chia Hsin 21-16, 21-8.

Mereka akan bertemu pemenang perlawanan antara rakan senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dengan beregu Thailand, Dechapol Puavaranuk­roh-Putitta Supajiraku­l bagi merebut tempat ke separuh akhir, hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia