Harian Metro

Sarjit waspada ancaman TNB

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Sarjit Singh mengakui barisan pemainnya akan berdepan cabaran sukar apabila bertemu pendahulu Liga Perdana, Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini.

Meskipun dibarisi ramai pemain berkaliber termasuk pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia, Gonzalo Peillat, aksi konsisten TNB yang meraih kemenangan dalam kesemua tiga perlawanan pertama liga, nyata membuka mata Sarjit.

Malah Sarjit juga tanpa berselindu­ng mengakui dua bekas tonggak pasukannya, Tengku Ahmad Tajuddin Abd Jalil serta Firhan Ashaari banyak membantu transforma­si TNB.

“TNB adalah pasukan yang sangat bagus pada musim ini. Salah satu faktornya mungkin kerana mereka berjaya mendapatka­n Tengku dan Firhan daripada kami.

“Pada saya, TNB adalah pasukan yang perlu diberikan perhatian. Selain itu UniKL (Universiti Kuala Lumpur) dan KLHC (Kelab Hoki Kuala Lumpur) juga ada potensi merebut kejuaraan liga,” katanya.

Meskipun THT yang juga juara bertahan Piala TNB sudah meraih dua kemenangan pada saingan liga, Sarjit tetap mengharapk­an permainan lebih sempurna daripada barisan pemainnya.

“Saya harus akui kami masih berdepan masalah di bahagian pertahanan. Bahagian serangan dan tengah sudah ok,” katanya yang menyaksika­n anak buahnya kini menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul tujuh mata.

TNB di bawah bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin nyata tidak mengecewak­an pada awal saingan liga apabila menewaskan pasukan pilihan, UniKL 3-2, membenam KLHC 4-2 sebelum meraih kemenangan hatrik dengan menewaskan pasukan ‘adik’ TNB Thunderbol­ts 3-1.

Mengulas pertembung­an dengan THT, Nor Saiful mahu barisan pemainnya kembali kepada karakter seperti ketika menewaskan UniKL dan KLHC.

“Harap setiap pemain memperoleh rentak permainan seperti kita bertemu UniKL dan KLHC.

“Sebab THT bukan lawan yang mudah kerana mereka mempunyai segala-galanya termasuk pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN THT, Faizal
Saari (kanan) diasak pemain TNB Thunderbol­t, Mohd Saberi Mohamed (kiri) pada perlawanan Ahad lalu.
PEMAIN THT, Faizal Saari (kanan) diasak pemain TNB Thunderbol­t, Mohd Saberi Mohamed (kiri) pada perlawanan Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia