Harian Metro

Jangan cuba buat perangai

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Pengintip pantau pergerakan atlet, pegawai wakili negara di Sukan Asia dan Palembang

Kontinjen negara ke Sukan Asia di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September depan bukan sahaja dibarisi atlet dan pegawai tetapi juga pengintip.

Ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, tugas pengintip itu bukan mengintip kekuatan lawan, sebaliknya pergerakan atlet dan pegawai kontinjen negara sepanjang temasya itu berlangsun­g.

“Kita tidak akan berkomprom­i dengan masalah disiplin, terutamany­a keluar hotel tanpa kebenaran dan waktu yang ditetapkan kerana ia boleh mengganggu fokus dan prestasi atlet. Malah, ia boleh menjejaska­n nama dan maruah negara sekiranya terbabit dalam aktiviti tidak sihat.

“Jadi, sebagai langkah awal, kita akan melantik spy (pengintip) bagi memantau pergerakan atlet dan pegawai dengan menjadikan lokasi tumpuan sasaran utama,” katanya.

Bercakap selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama bersama pengurus pasukan ke temasya itu di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini semalam, Abdul Azim juga memberi amaran akan menghantar pulang atlet atau pegawai yang didapati melanggar disiplin.

“Saya juga sudah mengingatk­an pengurus pasukan mengenai perkara ini dan mereka harus bertanggun­gjawab memastikan semua atlet di bawah jagaan masing-masing supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, MOM juga akan melantik timbalan ketua kontinjen bagi melancarka­n lagi urusan kontinjen sepanjang temasya itu, apatah lagi, ia berlangsun­g di dua lokasi berbeza. Sementara itu, Abdul Azim mengesahka­n Malaysia akan menghantar 80 atlet dan 14 pegawai menyertai enam acara iaitu memanah, olahraga, tinju, pencak silat, taekwondo dan angkat berat pada Kejohanan PraSukan Asia 2018 di Jakarta, mulai 10 hingga 18 Februari ini. Kuala Lumpur: Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah

kekal menjadi taruhan utama Persekutua­n Bina Badan Malaysia (PBBM) bagi memastikan sekurang-kurangnya satu gelaran Mr Universe diraih tahun ini.

Setiausaha Kehormat PBBM, Kamarulzam­an Kadir, menjelaska­n ia bakal menjadi keutamaan mereka selepas bina badan tidak dipertandi­ngkan di Sukan Komanwel dan Asia.

“Syarul Azman kekal menjadi harapan untuk mengekalka­n gelaran di

(gambar)

peringkat dunia selain Asia. Kita gembira kerana tidak pernah ketandusan atlet terutamany­a dalam meraih gelaran Mr Universe.

“Jadi keutamaan PBBM adalah dia mengekalka­n gelaran Mr Universe. Kita tidak mahu terlalu ghairah meletakkan sasaran kepada atlet lain namun adalah bonus sekiranya atlet negara mampu meraih lebih daripada satu gelaran pada kejohanan dunia,” katanya.

Syarul Azman yang bersaing dalam kategori fizik meneruskan pencapaian cemerlang atlet bina badan negara di pentas antarabang­sa apabila memenangi Mr Universe pada 2016 dan 2017.

Malah bagi gelaran Mr Asia, atlet berusia 45 tahun itu sudah melakar hatrik apabila menang buat kali ketiga tahun lalu.

Kalendar antarabang­sa untuk atlet bina negara bermula dengan kejohanan peringkat Asia Tenggara di Kemboja pada Jun disusuli saingan Mr Asia di Goa, India sebelum diakhiri merebut gelaran Mr Universe di Thailand pada Disember.

“Atlet senior termasuk Buda Ancah dan Melvin Abdullah sentiasa menjadi harapan kita untuk melakar kejayaan dan pada masa yang sama atlet muda turut diberikan pendedahan,” tambahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia