Harian Metro

Jagoan muay thai

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

 Seramai 60 peserta rebut tempat wakili negeri ke SUKMA Ke-19

Kejohanan Muay Thai Amatur Pulau Pinang selama dua hari di Mega Mall Pinang di sini, baru-baru ini menyaksika­n 60 peserta bertanding merebut tempat untuk mewakili negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak, tidak lama lagi.

Pegawai Pembanguna­n Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) negeri Mohamad Hafizi Mazain berkata, pihaknya turut bekerjasam­a menganjurk­an kejohanan itu bersama Persatuan Muay Thai Pulau Pinang dan ia membabitka­n sembilan kategori bagi lelaki dan enam kategori bagi perempuan berusia 16 hingga 21 tahun.

“Semua peserta terdiri daripada 15 persatuan dan kelab muay thai dari sekitar zon utara, sekali gus peserta yang berjaya bergelar johan dan naib johan bagi setiap kategori akan dipertimba­ngkan untuk diserap ke dalam program latihan untuk mewakili negeri bagi SUKMA 2018 nanti.

“Setiap peserta terpilih akan menjalani latihan dalam masa terdekat dan perlu dinilai berdasarka­n beberapa aspek lain seperti disiplin, prestasi dalam setiap latihan, ketahanan mental selain perlu mendapat penilaian daripada jurulatih terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Presiden Persatuan Muay Thai Pulau Pinang Datuk H’ng Ban Choon menyampaik­an medal dan hadiah wang tunai kepada johan dan naib johan bagi setiap kategori di ruang legar utama pasaraya berkenaan. Turut hadir, Pengarah MSN negeri Frederick Tan.

Sementara itu, wakil Kelab Muay Thai Gelang WFight Muhammad Hidayat Nayan, 20, berkata dia muncul juara kategori 63.5 kilogram (kg) 67 kg (lelaki) apabila menewaskan saingannya Muhammad Shukri Jamaludin, 19, daripada Kelab Muay Sik Kedah dengan keputusan 2-1.

Menurutnya, sehingga kini dia sudah bergelar juara sebanyak enam kali dalam kategori sama selepas terbabit dalam lebih 10 pertanding­an diadakan di beberapa negeri antaranya Kedah, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah.

“Saya membabitka­n diri dalam sukan lasak ini sejak berusia 12 tahun dan faktor utama untuk memenangi setiap perlawanan adalah menitikber­atkan disiplin diri dalam setiap latihan, menjaga pemakanan dan mempunyai ketahanan mental.

“Walaupun menjalani latihan setiap malam selama dua jam di gelanggang di Kampung Siam, Bukit Mertajam, saya perlu lebih bekerja keras lagi bagi memantapka­n diri dalam program latihan SUKMA 2018 nanti,” katanya yang bekerja kilang di Bukit Minyak, Bukit Mertajam.

Manakala, wakil daripada kelab sama, Nurlaila Azira Azid, 16, berkata, dia menewaskan Intan Khairul Fathihin Md Zan, 18, aripada Kelab Muaythai Rain Town dengan keputusan 3-0, sekali gus bergelar johan dalam kategori 57 kg - 60 kg (wanita).

 ??  ?? PRESIDEN Kelab Muay Thai Gelang WFight, Mohamad Hilmie Ibrahim (tengah) bergambar bersama Muhammad Hidayat (kiri) dan Nurlaila di Mega Mall, Pulau Pinang.
PRESIDEN Kelab Muay Thai Gelang WFight, Mohamad Hilmie Ibrahim (tengah) bergambar bersama Muhammad Hidayat (kiri) dan Nurlaila di Mega Mall, Pulau Pinang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia