Harian Metro

Aksi persahabat­an erat silaturahi­m

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Polis dan masyarakat berpisah tiada. Itu yang dipraktikk­an anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu melalui aksi bola sepak persahabat­an dengan Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak, baru-baru ini.

Ketua JSJ Terengganu Asisten Komisioner (ACP), Fazlisyam Abdul Majid berkata, aksi persahabat­an berkenaan bukan saja mampu menyihatka­n tubuh badan anggota polis dengan cara beriadah tetapijuga dapat menjalin hubungan lebih erat dengan masyarakat.

“Ini yang kami praktikkan bersama masyarakat termasuk pengamal media melalui pelbagai aktiviti berfaedah seperti bola sepak kerana ia membawa makna cukup sig nifikan hubungan polis dan masyarakat.

“Selain itu aksi persahabat­an ini juga medan terbaik buat pasukan JSJ mengenal pasti pemain baharu bagi membentuk pasukan lebih mantap sebelum menyertai kejohanan dalaman pada tahun ini,” kata Fazlisyam.

Turut menyertai aksi bola sepak persahabat­an Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Wan Hayat dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superinten­dan Suffian Sulaiman.

Dalam perlawanan yang julung kali diadakan itu skuad KAWAT FC menang bergaya 5-1 mengatasi skuad JSJ IPK Terengganu melalui jaringan hatrik Roslee Ariffin dan masing masing satu jaringan dihasilkan Abdul Hadir Taha dan Mohd Zulkifli Wahab manakala jaringan tunggal lawan dihasilkan oleh R Yugarajan.

Sementara itu Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Wan Hayat mengakui melalui aktiviti berkenaan ia bukan saja mampu merapatkan hubungan sesama ahli malah juga berpeluang mengenali dengan lebih dekat anggota keselamata­n.

“Semangat muhibah sebegini harus dikekalkan bagi memastikan hubungan yang sudah terjalin erat itu dapat dikekalkan,” kata Wan Abdul Rahman.

 ??  ?? PASUKAN JSJ IPK Terengganu (jersi puti) bergambar kenangan bersama KAWAT sebelum aksi persahabat­an, baru-baru ini.
PASUKAN JSJ IPK Terengganu (jersi puti) bergambar kenangan bersama KAWAT sebelum aksi persahabat­an, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia