Harian Metro

Pukulan Maria berbisa Su-Wei cipta kejutan

- AFP

 Bintang tenis dari Russia ketepi pilihan ke-14 di Terbuka Australia

Melbourne: Juara Wimbledon Garbine Muguruza muncul korban terbesar dalam Terbuka Australia setakat ini apabila tewas kepada pemain Taiwan Hsieh Su-Wei dalam dua set, semalam.

Pilihan ketiga kejohanan yang berdepan kecederaan paha menjelang kejohanan itu, gagal menyaingi pemain nombor 88 dunia sebelum tersingkir 7-6 (7/1), 6-4 dalam tempoh satu jam 59 minit di Arena Rod Laver.

“Saya sedar dia akan memberikan saya banyak tekanan,” kata Su-Wei yang berada di ranking nombor satu dalam acara beregu selama

(gambar)

lima minggu pada 2014.

Garbine, juara Grand Slam dua kali bergelut sejak awal permainan untuk cuba mengejar pemain berusia 32 tahun yang kali terakhir menjulang gelaran perseorang­an Jelajah WTA di Guangzhou pada 2012.

Pemain Sepanyol meminta perlawanan ditangguhk­an untuk rawatan pada kedudukan 2-5 pada set pertama dan selepas itu kelihatan kembali bertenaga.

Garbine berjaya mematahkan servisnya dua kali tetapi Su-Wei yang menjalin kerjasama dengan bekas pengarah kejohanan Terbuka Australia Paul McNamee, mara dengan tiebreak 7-1.

“Dia sentiasa berada di sisi saya dan memberi sokongan, ia cukup luar biasa,” katanya yang akan bertemu pilihan ke-26 Agnieszka Radwanska dari Poland pada pusingan ketiga. - AFP

Pemain bukan pilihan, Maria Sharapova membuktika­n semalam bahawa dia adalah pencabar serius pada Terbuka Australia dengan mengetepik­an pilihan ke-14 yang banyak membawa masalah buatnya sebelum ini.

Maria yang kembali ke kelompok 50 terbaik selepas penggantun­gan 15 bulan kerana doping, menampilka­n semua pukulan hebat yang menjadikan­nya juara lima kejohanan major ketika dia memusnahka­n Anastasija Sevastova 6-1, 7-6 (7/4) di Rod Laver Arena.

Pemain Russia itu yang akan berdepan Angelique Kerber selepas ini dalam saingan paling dinantikan membabitka­n bekas juara Terbuka Australia, memberi amaran bahawa dia masih meningkat kurang setahun selepas kembali April lalu.

(gambar)

Pemain nombor satu dunia Dustin Johnson mengetuai barisan pemain ternama pada Kejuaraan HSBC Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu semalam namun fikirannya terarah ke Masters Amerika Syarikat (AS).

Johnson akan menentang bekas pemain nombor satu Rory McIlroy, pemain nombor enam semasa

Justin Rose dan Henrik Stenson, Paul Casey serta Matt Kuchar yang berada dalam kelompok 15 pemain terbaik.

Pemain nombor satu Eropah Tommy

Fleetwood pula turun

(gambar)

Grigor Dimitrov mengakui lega tuah memihak kepadanya selepas berjaya melepasi kejutan pusingan kedua

Terbuka

Australia, dalam perlawanan yang diakuinya tidak mampu dimenangin­ya sebelum ini.

Pemain

(gambar)

“Dia sudah meraih kejayaan di sini,” katanya mengenai kejayaan Kerber pada 2016. “Dia sudah mencipta kejayaan bermain di sini, dalam keadaan gelanggang ini. Saya mahu melihat di mana kedudukan saya pada tahap itu.”

Pemain Latvia itu mengganggu kemunculan semula pemain Russia itu pada kelompok 16 terakhir Grand Slam pada Terbuka Amerika (AS) tahun lalu.

Pada pertembung­an seterusnya di Beijing, Anastasija dinafikan selepas lebih tiga jam bertarung.

Hari ini, ia cerita berbeza ketika Maria pantas menang set pertama dalam masa 23 minit dengan hanya hilang sembilan mata.

“Saya bermain sangat baik di jaring, menamatkan bola dengan voli atau voli yang bagus,” katanya.

“Kadangkala banyak yang perlu saya lakukan dan sudah tentu saya banyak meningkat dalam perlawanan hari ini.” Abu Dhabi.

“Saya bermain baik di Hawaii, tapi itu dua minggu lalu. Minggu ini minggu yang baru dan semuanya kembali seimbang, jadi saya perlu bermula sekali lagi.” – AFP

Melihat kepada saingan berikutnya, Dimitrov berkata ‘dia perlu lebih positif, biarpun keadaan tidak memihak kepadanya’.

“Saya gembira dapat melepasi hari ini dan tuah memihak saya. Secara keseluruha­nnya keadaan fizikal saya baik, jadi ia petanda yang bagus.”

Pilihan ketiga kejohana itu berkata dia akan meluangkan masa sebelum perlawanan pusingan ketiga menentang bintang Russia Andrey Rublev untuk menganalis­is sebarang kesilapan dan apa yang boleh diperbaiki. - AFP

 ??  ?? ANASTASIJA
ANASTASIJA
 ??  ?? GARBINE
GARBINE
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia