Harian Metro

Neymar ledak empat gol bantu PSG bedal Dijon

-

Paris: Neymar meledak empat gol ketika Edinson Cavani menyamai rekod jaringan sepanjang zaman Paris Saint-Germain milik Zlatan Ibrahimovi­c apabila pendahulu Ligue 1 itu membelasah Dijon 8-0, semalam.

Angel Di Maria menyumbang dua gol dalam suku jam pertama di Parc des Princes sebelum pemain Argentina itu melakukan hantaran silang yang disudahkan Cavani bagi gol ke-156 bersama PSG.

Neymar menandakan kepulangan­nya daripada kecederaan tulang rusuk dengan gol keempat tuan rumah sejurus sebelum rehat dan bintang Brazil itu melengkapk­an hatrik dengan dua gol lagi pada babak kedua ketika Dijon tidak mampu berbuat apa-apa.

Kylian Mbappe terus menghukum pelawat 13 minit sebelum tamat sebelum Neymar menyumbat gol keempat peribadi menerusi sepakan penalti - menafikan Cavani peluang melakar sejarah kelab sekali gus mencetus ejekan peminat tuan rumah.

“Cavani penjaring gol kami dan dia banyak meningkat di sini. Pasukan ini membantuny­a meraih pencapaian peribadi ini,” kata jurulatih PSG, Unai Emery yang pantas mempertaha­nkan keputusan Neymar mengambil tendangan penalti itu.

“Saya fikir Neymar mengambil sepakan itu kerana ia hari yang bagus buatnya.

Kami gembira dengannya. Tapi ada banyak peluang lagi buat Cavani untuk menjaringk­an

(gambar)

gol.”

Di Maria, yang meraih gol tunggal ketika menang 1-0 di Nantes Ahad lalu, memerlukan hanya empat minit di Paris untuk meletakkan tuan rumah di depan dengan rembatan kaki kiri menakjubka­n ke penjuru gol.

Bekas pemain sayap Real Madrid dan Manchester United itu menambah gol kedua apabila dia melakukan tindakan penyudah selepas Neymar melambungk­an bola melepasi penjaga gol Dijon, Baptiste Reynet susulan lorongan bola daripada Cavani.

Penyerang Uruguay itu kemudian meledak gol ke-20 liga musim ini dengan menanduk masuk hantaran silang Di Maria dari kanan, menyamai rekod Ibrahimovi­c dicatat dalam empat musim di ibu negara Perancis itu.

“Satu perlawanan yang amat bagus menentang Dijon yang gagal memberikan tentangan. Kami hampir sempurna hari ini,” kata pertahanan PSG, Thomas Meunier. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia