Harian Metro

TAK PERLU GELABAH

- Reuters

 City mahu kekal momentum seperti biasa berdepan Newcastle walaupun Red Devils gigih rapat jurang

Manchester, England

Manchester City berhasrat meneruskan kempen seperti biasa apabila mereka berdepan Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, esok.

Kekalahan 3-4 City kepada Liverpool di Anfield Ahad lalu membolehka­n Manchester United merapatkan jurang kepada 12 mata dan menamatkan catatan 22 perlawanan tanpa kalah skuad Pep Guardiola dalam liga musim ini.

Kehebatan Liverpool mengasak serta penyudah tajam di depan gawang mendedahka­n kelemahan benteng pertahanan City namun ia pasti satu kejutan besar jika Newcastle mahu meniru pendekatan itu, apatah lagi mengejutka­n anak buah Guardiola.

Pasukan kendalian Rafael Benitez, di tangga ke-15 liga dan tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir, hanya mampu menyumbat 21 gol dalam 23 perlawanan dan mungkin berusaha untuk mengecewak­an City daripada terbabit dengan corak permainan terbuka.

Kedudukan City kekal selesa dan apa yang boleh dilakukan United, yang bertandang ke pasukan tangga ketujuh Burnley, adalah untuk terus mengutip mata dan berharap lawan merosot.

Kemenangan 3-0 United ke atas Stoke City, dengan Paul Pogba menyerlah, membuktika­n mereka bangkit daripada kemeruduma­n musim cuti dan prospek Alexis Sanchez tiba dari Arsenal mencetus keyakinan penyokong mereka.

Antonio Conte kerap kali merungut pasukannya sukar mengejar, namun mereka menjangkak­an tiga mata daripada kunjungan ke pantai selatan untuk berdepan pasukan tangga ke-16, Brighton.

Brighton yang baru naik liga hanya meraih dua mata daripada empat perlawanan terakhir dan tiga mata di depan zon penyingkir­an.

Bagaimanap­un, Chelsea tidak menang dalam empat aksi terakhir mereka dan gagal menjaringk­an gol dalam tiga perlaanan sebelum aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA awal pagi tadi menang menerusi penentuan penalti ke atas Norwich City susulan seri 1-1 selepas masa tambahan. Liverpool kendalian Juergen Klopp bertandang ke kelab tercorot Swansea City awal pagi Selasa ini dan selepas persembaha­n garang menentang City, mereka mahu melakar kemenangan keempat berturut-turut.

Theo Walcott, yang berpindah dari Arsenal, dijangka melakukan penampilan sulung buat Everton kendalian Sam Allardyce di laman sendiri menentang West Bromwich Albion.

Gunners, yang tewas kepada Bournemout­h minggu lalu dan mungkin menyaksika­n perpindaha­n Sanchez, berdepan aksi sukar di laman sendiri menentang Crystal Palace yang meningkat di bawah kendalian Roy

Hodgson dan kini melonjak ke tangga ke-12.

 ??  ?? GUARDIOLA (kiri) tidak mahu pemain beraksi dalam tekanan. KEVIN De Bruyne (kiri) cuba melepasi asakan Roberto Firmino di Anfield Ahad lalu.
GUARDIOLA (kiri) tidak mahu pemain beraksi dalam tekanan. KEVIN De Bruyne (kiri) cuba melepasi asakan Roberto Firmino di Anfield Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia