Harian Metro

Nasib masih menyebelah­i Blues

-

London: Pasukan Liga Perdana Inggeris Bournemout­h tersingkir daripada saingan Piala FA selepas perlawanan ulangan pusingan ketiga yang menyaksika­n mereka tewas 0-3 kepada pasukan divisyen ketiga Wigan Athletic semalam. London: Chelsea memerlukan sepakan penentuan penalti sebelum menyingkir­kan Norwich selepas seri 1-1 dalam aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA semalam, ketika Bournemout­h diaibkan Wigan 0-3.

Skuad Antonio Conte mengharung­i perlawanan sehingga tamat masa tambahan dengan sembilan pemain apabila kad merah pada babak akhir perlawanan dilayangka­n kepada Pedro dan Alvaro Morata dan Stamford Bridge.

Mereka dipaksa bertarung hingga ke masa tambahan apabila gol penyamaan saat akhir Jamal Lewis memadamkan jaringan Michy Batshuayi sebelum itu.

Penjaga gol simpanan Chelsea Willy Caballero muncul wira apabila menyelamat­kan percubaan Nelson Oliveira dalam penentuan penalti yang berkesudah­an 5-3 yang membawa Blues berdepan Newcastle pada pusingan keempat.

Ia adalah kemenangan pertama Chelsea pada tahun ini, selepas seri empat perlawanan semua kejohanan sejak awal tahun ini.

“Inilah Piala FA, bukan mudah untuk memenangi perlawanan. Kami memberikan segala-galanya, pada akhirnya kami bermain dengan sembilan pemain jadi kami memberikan karakter yang hebat,” kata bintang Chelsea Eden Hazard.

“Kami gembira, tetapi juga sedih kerana kehilangan dua pemain. Kini kami boleh terus fokus kepada liga.”

Pengurus Norwich Daniel Farke menambah: “Secara jujurnya ia amat mengecewak­an, ada di antara pemain menangis di bilik persalinan.”

Conte membuat sembilan pertukaran daripada perlawanan menentang Leicester yang berkesudah­an seri 0-0 Sabtu lalu dengan Hazard, Cesc Fabregas, Thibaut Courtois dan N’Golo Kante diketepika­n daripada kesebelasa­n utama.

Selepas perlawanan ditangguhk­an selama 15 minit berikutan kesesakan trafik di luar stadium, Chelsea mendominas­i separuh masa pertama dan hampir mendahului perlawanan apabila rembatan jauh Danny Drinkwater terkena palang. -AFP

Jordan Ayew memberikan Swansea gol pembukaan seawal 11 minit permainan yang mirip jaringan Ricky Villa buat Tottenham Hotspur pada final Piala FA ketika menentang Manchester City pada 1981.

Wolves bagaimanap­un menyamakan kedudukan menerusi Diogo Jota pada separuh masa kedua. - Reuters

 ??  ?? BATSHUAYI (tengah) dihalang dua pemain Norwich.
PEMAIN Wigan ceria meraikan kemenangan ke atas Bournemout­h.
BATSHUAYI (tengah) dihalang dua pemain Norwich. PEMAIN Wigan ceria meraikan kemenangan ke atas Bournemout­h.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia