Harian Metro

Penyerang paling kaya

- AFP

Sanchez bakal terima gaji tahunan termahal di United

Penyerang Arsenal, Alexis Sanchez sudah bersetuju dengan terma peribadi dalam kontrak yang menjadikan­nya pemain dengan gaji tahunan paling mahal di Manchester United sebanyak £14 juta (RM76.5 juta) selepas cukai, menurut laporan kelmarin.

Sanchez dilaporkan semakin hampir menyertai United selepas skuad kendalian Jose Mourinho itu membuat tawaran besar mengatasi pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Pengurus United, Mourinho mengakui Isnin lalu pasukannya “mempunyai peluang” untuk mengikat penyerang Chile itu ketika jendela perpindaha­n bulan ini dengan City difahamkan sudah terkeluar daripada persaingan mendapatka­n pemain berusia 29 tahun itu kerana faktor kewangan.

Menurut akhbar Daily Telegraph, United menawarkan Sanchez kontrak empat setengah tahun yang akan menjadikan­nya pemain dengan gaji termahal di kelab itu.

Ketika Telegraph melaporkan yuran perpindaha­n £30 juta (RM164 juta), bayaran ketika tandatanga­n £20 juta (RM109 juta) dan bayaran ejen £10 juta (RM54.5 juta), ia bermakna United mungkin berdepan jumlah keseluruha­n perbelanja­an lebih £150 juta (RM821 juta) sekiranya mereka mendapatka­n khidmat bekas pemain Barcelona itu.

Usaha United membawa Sanchez ke Old Trafford bergantung kepada Henrikh Mkhitaryan berpindah ke Arsenal, menurut ejen pemain Armenia itu, Mino Raiola.

Mourinho mengetepik­an pemain tengah berusia 28 tahun itu daripada skuadnya menentang Stoke Isnin lalu kerana “keraguan mengenai masa depannya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia