Harian Metro

Tak ‘goyang’

-

Tonggak pertahanan Dominic Tan menegaskan mereka tidak perlu takut dengan reputasi Korea Selatan apabila kedua-dua pasukan membuat perhitunga­n pada suku akhir Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di Stadium Kunshan, China, esok.

Skuad negara terpaksa berdepan Korea Selatan selepas skuad naib juara 2016 itu menamatkan kempen

Kumpulan D selaku juara dengan menewaskan

Australia

3-2 pada aksi terakhir kelmarin.

Bagi Dominic yang membantu skuad kendalian

Datuk Ong Kim Swee melakar sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama percaya, mereka mampu memberi tentangan kepada pasukan pilihan itu.

“Biarlah jika orang mahu pandang rendah, kami akan kejutkan mereka. Kami hanya pamerkan permainan sendiri, hanya fikirkan mengenai pasukan sendiri dan tak perlu risau dengan pasukan lain.

“Kami sudah sampai ke tahap ini. Kami mesti teruskan dan harapnya dapat keputusan yang baik menentang Korea Selatan,” kata pemain berusia 20 tahun itu.

Dominic antara pemain yang mempamerka­n peningkata­n ketika Malaysia seri 1-1 dengan Jordan dan menang 1-0 ke atas Arab Saudi meskipun prestasiny­a dikritik hebat ketika tumpas 1-4 kepada Iraq pada aksi pembukaan.

Pemain Johor Darul Ta’zim II (Johor DT II) itu mengisi tempat Adib Zainuddin yang sebelum ini menjadi tonggak utama ketika pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Bangkok tahun lalu dan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

“Saya sudah lama tak beraksi perlawanan kompetitif seperti ini, Sukan SEA saya tak main, kelayakan AFC juga saya tak main jadi perlawanan pertama saya agak bergelut dan selepas itu saya sudah dapat rentak, kira sekarang saya semakin yakin,” kata Dominic.

Dominic gesa rakan usah takut dengan reputasi Korea Selatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia