Harian Metro

Berbaloi mohon kerakyatan

-

Kunshan, China: Kejayaan skuad negara mara ke suku akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun sememangny­a bermakna buat Matthew Davies.

Pemain kacukan kelahiran Perth Australia itu melakukan pengorbana­n besar dengan memilih untuk memohon kerakyatan Malaysia pada 2015 untuk menyarung jersi negara.

Ternyata keputusan pemain berusia 22 tahun itu tepat apabila membantu skuad negara melakar sejarah dalam kejohanan kali ini.

Davies berkata, dia berharap bertemu Australia pada aksi suku akhir di Stadium Kunshan, esok namun hajatnya tidak kesampaian apabila pasukan negara kelahirann­ya itu tewas 2-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan D, kelmarin.

“Agak kecewa kerana tak dapat bertemu Australia. Saya memang berharap menentang mereka tapi tak mengapa kerana sama ada Korea Selatan, Vietnam atau Australia, mereka lawan yang sukar.

“Memang keputusan saya mewakili Malaysia tepat kerana Australia tak layak,” katanya sambil tersenyum.

Tambahnya, dia sangat berpuas hati dan berbangga menjadi sebahagian daripada pemain skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang turut mencapai kejayaan meraih pingat perak Sukan SEA, Ogos lalu.

Sememangny­a, komitmen dan semangat juang Davies tak boleh dipertikai­kan apabila beraksi cemerlang selama 90 minit ketika Malaysia menang 1-0 ke atas Arab Saudi, seri 1-1 dengan Jordan dan tewas 1-4 kepada Iraq dalam saingan Kumpulan C.

Malah, kapten Pahang itu bermain dalam kesakitan sejak minit ke-25 ketika menentang Arab Saudi dan bersedia untuk melakukan apa saja untuk memastikan mereka mendapat keputusan positif berdepan Korea Selatan Sabtu ini.

“Korea pasti akan menjadi lawan yang sukar, memang sejak kami tiba di sini, sasaran adalah layak ke suku akhir dan ia tercapai. Jadi kami akan terus berusaha, apa saja keputusan selepas ini bonus untuk pasukan,” jelas Davies.

 ?? Matthew Davies ?? Memang keputusan saya mewakili Malaysia tepat kerana Australia tak layak”
Matthew Davies Memang keputusan saya mewakili Malaysia tepat kerana Australia tak layak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia