Harian Metro

‘Mereka masih dahaga kejayaan’

-

Kunshan, China: “Saya kenal pemain saya, mereka tidak akan cepat berpuas hati dan masih dahagakan kejayaan,” kata pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Korea Selatan pada aksi suku akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di Stadium Kunshan, esok.

Selepas melakar sejarah melepasi halangan peringkat Kumpulan C selaku naib juara dengan mengatasi Arab Saudi 1-0 kelmarin, nama pemain muda negara mula meniti di bibir peminat.

Di sebalik kejayaan itu, ada kebimbanga­n mengenai kemungkina­n anak buah Kim Swee sudah ‘hilang selera’ untuk terus melakar kejutan apabila menentang

(gambar)

naib juara 2016 Korea Selatan.

Menurut bekas pengendali Harimau Malaya itu, semua pemain kini kekal fokus untuk menghadapi Korea Selatan yang muncul juara Kumpulan D.

“Korea mempunyai kekuatan dari semua aspek, tak kira dari aspek fizikal, teknik, taktikal dan pengalaman, bukan hanya bermain di kejohanan ini saja tapi di peringkat bawah 16 tahun dan 19 tahun.

“Jadi, saya tak nampak mereka mempunyai kecacatan dan mereka memiliki pemain berkualiti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang Latihan Kunshan, semalam.

Menurut Kim Swee, beliau tidak melihat rehat lebih sehari berbanding Korea Selatan yang bergelut menewaskan Australia 3-2, semalam memberi kelebihan besar buat mereka apatah lagi dengan kecederaan yang menimpa tonggak pertahanan Irfan Zakari, Syazwan Andik dan Matthew Davies.

“Ketiga-tiga pemain itu mengalami kecederaan dan belum pulih untuk berlatih. Kita akan lihat perkembang­an mereka esok dan kita masih ada dua hari sebelum bermain dengan Korea Selatan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia