Harian Metro

Tahir tekad kembalikan bisa Harimau Kumbang

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukanteam@nstp.com.my

Georgetown: Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) akan memperkena­lkan semua pemain utama secara rasmi minggu depan.

Presiden FAP, Datuk Tahir Jalaluddin Hussain berkata, semua 24 pemain tempatan dan empat pemain import akan diperkenal­kan sebelum bermula Liga Perdana awal bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya melahirkan rasa gembira dan terharu atas usaha gigih pengurusan FAP terutamany­a ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan membentuk pasukan tahun ini.

“Saya sendiri akan bertemu dengan semua pemain untuk berkenalan dengan mereka dengan lebih rapat lagi selepas dilantik dan dipilih sebulat suara tanpa bertanding menjadi Presiden FAP yang baru kelmarin.

“Tanggungja­wab dan amanah yang diberikan akan dilakukan sebaik mungkin demi FAP serta martabat sukan bola sepak di Pulau Pinang secara keseluruha­nnya.

“Saya akan bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mendapatka­n keputusan serta tarikh yang sesuai bagi mengadakan majlis perasmian jersi dan memperkena­lkan pemain Liga Perdana 2018 Pulau Pinang.

“Sudah tiba masanya kami terus maju ke hadapan dan segala masalah yang berlaku dulu tidak seharusnya menjadi isu atau bebanan yang perlu diingati sampai bila-bila.

“Mana yang tidak elok kami perbaiki semula selain membuka pintu yang luas kepada penyokong setia Harimau Kumbang untuk bertemu dari hati ke hati, memberi idea dan pandangan.”

 ??  ?? TAHIR (tengah) bersalaman dengan Zainal selepas Mesyuarat Agung Tahunan FAP, kelmarin.
TAHIR (tengah) bersalaman dengan Zainal selepas Mesyuarat Agung Tahunan FAP, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia