Harian Metro

‘Jangan malu ketuk pintu kelab luar’

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Wan Jamak gesa pemain B-23 negara bersikap lebih terbuka jika mahu maju dalam karier bola sepak

Kejayaan skuad negara layak ke suku akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia Bawah 23 Tahun perlu dijadikan batu loncatan oleh pemain muda untuk mengintai peluang bermain dengan kelab luar.

Malah, mereka mesti berani menjaja bakat dimiliki serta berusaha sendiri ‘mengetuk pintu’ kelab Asia terutama dalam kalangan negara yang bertanding.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Wan Jamak Wan Hassan berkata, sudah sampai masanya bintang muda itu keluar dari zon selesa untuk mengembang­kan bakat mereka seperti dilakukan pemain Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

“Berdasarka­n pencapaian di China, ia membuktika­n pemain muda negara setaraf pemain Asia. Ramai berpotensi untuk pergi lebih jauh, antara yang benar-benar menarik perhatian saya adalah Akhyar (Abdul Rashid).

“Malah, pemain skuad B-19 seperti Hadi Fayyad (Abdul Razak) juga mempunyai bakat besar yang boleh dikembangk­an lagi.

“Tapi, pemain muda negara perlu buang sikap katak di bawah tempurung, berjiwa besar serta berani untuk meneroka ke luar negara jika mahu terus maju.

“Bagi saya kejayaan pada kejohanan B-23 Asia ini landasan terbaik untuk membuka mata kelab luar terhadap kemampuan pemain negara. Mereka (pemain) mesti ambil kesempatan ini sebaik mungkin,” katanya. Namun, Wan Jamak berkata, peluang untuk beraksi di luar negara tidak akan datang bergolek sebaliknya pemain perlu berusaha mencarinya. “Walaupun tidak

ada tawaran, pemain jangan malu untuk menawarkan diri kepada kelab luar, sekurang-kurang buat tebal muka minta diberi peluang menjalani ujian pemilihan.

“Dalam soal ini, persatuan negeri atau FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) boleh menjadi pengantara antara pemain dengan kelab luar negara itu. Sebagai permulaan, mungkin kita boleh mencuba dengan kelab dari negara serantau.”

Bekas pemain Johor dan kebangsaan itu juga menasihati pemain supaya mengetepik­an sementara soal gaji sebaliknya apa yang lebih penting adalah peluang untuk mencari tapak di luar negara.

“Mungkin gaji ditawarkan lebih rendah berbanding mereka dapat di Malaysia tapi jika benar-benar bagus, nilai mereka akan naik dengan sendiri,” kata Wan Jamak.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Jamak
WAN Jamak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia