Harian Metro

ADA TUAH PADA LAGU AKU CINTA

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selain bakat, tuah juga perlu memihak kepada seseorang anak seni untuk menyerlah.

Ada yang naik mendadak dan ada juga perlu menunggu lama sebelum cukup dikenali.

Bagi penyanyi Ernie Zakri, kehadirann­ya dalam industri muzik sejak lapan tahun lalu mungkin kurang disedari, namun sejak bergabung dengan Syamel menerusi lagu Aku Cinta, namanya semakin mendapat tempat di hati peminat.

Dia sendiri mengakui ada ‘tuah’ di sebalik lagu itu dan tidak kisah sekiranya penampilan duetnya lebih mendapat perhatian berbanding kerjaya solo.

“Saya tak pernah salahkan sesiapa apabila nama kurang menyerlah sebagai penyanyi solo. Tak salah kalau orang lebih kenal saya selepas tampil berduet bersama Syamel,” katanya yang mula berduet dengan Syamel dalam program Duo Star sebelum merakamkan lagu Aku Cinta. Sudah menjadi satu kemestian bagi pasangan artis popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya bercuti ke luar negara setiap hujung tahun.

Biarpun mengunjung­i destinasi sama iaitu London dan Paris, lokasi dilawati berbeza saban tahun. Ia sekali gus menjadikan musim percutian Awal dan Scha lebih indah daripada biasa.

Menariknya, edisi percutian kali ini ibarat bulan madu Awal dan Scha kerana tidak membawa permata hati kesayangan mereka, Lara Alana, 4.

Awal berkata, dia mahu menikmati setiap detik indah bersama isteri tercinta selain ingin cuba mendapatka­n adik untuk Lara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia