Harian Metro

Ernie cerewet demi kualiti

- DARI MUKA 1

Mahu lagu dinyanyika­nnya relevan

untuk jangka masa panjang

Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu, dia juga gembira kerana Aku Cinta adalah hasil kerjasama dengan kawan baiknya sendiri.

“Siapa yang tak gembira apabila dapat bekerja dengan kawan sendiri. Paling seronok apabila lagu itu juga layak dan bakal bertanding di pentas AJL32 (Anugerah Juara Lagu

32) pada 11 Februari ini,” katanya.

Pada usia kerjaya selama lapan tahun, Ernie juga mengakui lebih cerewet dalam memastikan karya yang dihasilkan untuknya berkualiti.

“Dalam memilih karya, saya memang mengambil masa yang lama dan agak cerewet. Namun, bukanlah sehingga tahap diva atau apa.

“Kalau boleh, saya inginkan karya yang mampu bertahan walaupun selepas 20 tahun akan datang. Saya nak lagu nyanyian relevan untuk jangka masa panjang dan kerana itulah, kualiti adalah keutamaan saya,” katanya.

Bercerita mengenai persediaan untuk AJL32, Ernie berkata, dia sangat gementar namun itu akan menjadi kenangan manis buatnya.

“Ini adalah kali pertama saya bertanding di pentas AJL. Rasa gementar memang tak dinafikan, sentiasa ada. Tapi, saya dan Syamel saling menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain.

“Syamel pun terpaksa membahagik­an komitmenny­a kepada dua bahagian memandangk­an dia akan bertanding untuk dua lagu. Saya faham dengan tanggungja­wabnya,” katanya.

Tahun 2018 juga bakal menyaksika­n Ernie hadir dengan single terbaru yang masih dirahsiaka­n judulnya.

“Judulnya akan diumumkan kelak. Buat masa sekarang, apa yang saya boleh kongsikan ialah ia lagu ciptaan Ghufran dan Sang Hitam,” katanya.

Bercerita mengenai single barunya itu, Ernie berkata, ia akan kembali kepada genre ketika dia awal-awal menjadi penyanyi.

“Saya bermula dengan lagu balada dan kali ini kembali ke genre itu. Yang pasti, lagu itu ada kekuatan tersendiri dari segi melodi.

“Ghufran sebelum ini pernah menghasilk­an lagu popular antaranya Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli, jadi tentunya peminat sudah tahu identiti muzik yang akan dihasilkan­nya,” katanya.

Ernie sentiasa mengharapk­an single terbarunya itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada peminat, seperti yang diterima menerusi lagu Aku Cinta. -Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia