Harian Metro

Tidak boleh lebih 10 hari

-

saya dan isteri sudah rancang lama sebelum dapat tawaran bercuti ke Jepun. Jadi, kami tidak berasa ralat meninggalk­an anak. Sekurang-kurangnya masih ada waktu bercuti bersama.

“Selain itu, saya dan isteri juga ada perancanga­n tambah zuriat. Kami hanya mencuba, selebihnya Allah tentukan. Kalau ada rezeki, adalah. Saya tidak boleh kata ia menjadi, kerana ini semua berbalik kepada rezeki. Jadi, doakan saja,” katanya.

Menurut Awal yang juga bekas pengacara Melodi, sepanjang 10 hari di sana, dia dan isteri menghubung­i anak mereka setiap hari.

“Saya memang tetapkan percutian ini 10 hari saja. Kalau lebih, nanti jadi terlalu rindu pula dengan Lara. Tempoh ini sudah memadai. Setiap hari kami akan menghubung­i Lara secara ‘Facetime’. Malah pembantu juga menghantar gambar Lara setiap hari.

“Cuma, satu perangai

Lara dia akan merajuk apabila lebih tiga hari tidak melihat kami. Kalau kami menghubung­inya, dia buatbuat tidak mahu bercakap. Dia sudah faham setiap kali kena tinggal,” katanya.

Berkongsi mengenai percutian itu, Awal berkata dia dan isteri lebih banyak menghabisk­an waktu untuk berehat dan mengunjung­i tempat makan baru.

Malah, pasangan serasi itu juga sempat berkunjung ke Amsterdam selama dua hari meski ia perancanga­n saat akhir.

“Percutian kali ini memang masa untuk bersantai. Biarpun berada di negara sama, aktiviti yang kami lakukan berbeza. Isteri rajin teroka tempat baru terutama restoran makanan halal. Mana yang belum pergi sebelum ini, kami pergi.

“Kemudian, sempat juga ke Amsterdam. Walaupun ia tidak ada dalam senarai awal kami, ia tetap menyeronok­kan.

Dua hari memang tak puas memandangk­an ini kali pertama kami ke sana,” katanya.

Awal turut berkongsi, keadaan nilai ringgit yang tidak menentu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada percutian mereka.

“Tidak dinafikan, dalam pada ramai yang kata ekonomi merudum ramai juga rakyat Malaysia bercuti di luar negara. Bagi saya ini pilihan masingmasi­ng. Macam saya dan isteri, ia lebih kepada hadiah untuk diri selepas penat bekerja sepanjang tahun.

“Cuma, apabila nilai ringgit jatuh, apa yang kita beli pun terasa mahal. Kami selalu bawa duit

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia