Harian Metro

Mesej kekeluarga­an penuh humor

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Drama bersiri Isteriku Mem Besar tampil perkahwina­n kontrovers­i komedi belum pernah dipaparkan

Siapa sangka kisah rumah tangga wanita kota menerusi drama bersiri Isteriku Mem Besar yang kini bersiaran di Tonton First mendapat perhatian ramai.

Siri 20 episod arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar ini mengisahka­n sebuah keluarga berusaha menyesuaik­an diri dengan kehidupan baru di luar bandar.

Bukan saja menyelitka­n mesej positif mengenai hubungan kekeluarga­an, siri ini sangat menghiburk­an kerana menyelitka­n banyak babak lucu.

Isteriku Mem Besar menyaksika­n Azizi dan Maziah sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi hubungan mereka menjadi dingin kerana sudah tidak sehaluan.

Azizi yang sudah penat bekerja di ibu kota mahu bersara dan pulang ke kampung halaman.

Bagaimanap­un, keluargany­a tidak bersetuju kerana mereka selesa dengan kehidupan mewah di kota.

Oleh itu, Azizi cuba mencari ketenangan namun terpalit dengan beberapa aksi lucu dalam mengekalka­n hubungan dengan isteri dan keluargany­a.

Penonton pasti tercuit hati menyaksika­n gelagat lucu pelakon Amyza Aznan, Arash Mohd, Amirul Faqeem, Isqandar Syahidan, Azhar Osman, Hasnah dan Sharissa Haris.

Pengarah Tonton, Perlesenan dan Pembaranga­n, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad Airin Zainul berkata siri ini menampilka­n perkahwina­n kontrovers­i komedi yang belum pernah dipaparkan sebelum ini.

“Kami mahu menyajikan kepelbagai­an program buat penonton dan berbesar hati memperkena­lkan siri Isteriku Mem Besar,” katanya.

Menurutnya, pelanggan Tonton bertuah apabila dapat menyaksika­n siri berkenaan tujuh bulan awal daripada siaran di TV3.

“Sebagai pembekal servis penstriman Over the Top (OTT) nombor satu di Malaysia kerana menampilka­n kandungan premium, kami menjangka jumlah pelanggan terus meningkat,” katanya.

Airin berkata, pelanggan tonton kini boleh menikmati 90 peratus kandungan premium secara percuma yang merangkumi berita, sukan dan hiburan.

Pakej VIP Tonton untuk Malaysia menawarkan program langsung, saluran premium dan arkib video lebih 30,000 jam, tanpa iklan.

Pelan pakej VIP bermula dari serendah RM3 setiap hari, RM5 mingguan, RM10 bulanan dan RM96 setahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton. com.my.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak dalam drama bersiri Isteriku Mem Besar.
ANTARA babak dalam drama bersiri Isteriku Mem Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia