Harian Metro

Fadzli masuk kelas bahasa Tamil

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan @hmetro.com.my Martabatka­n nasyid

Ramai tertarik dengan kebolehan Ahmad Fadzli Bakar atau Fadzli Fareast menyanyika­n intro lagu Syahadah dalam bahasa Tamil ketika bertanding dalam Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang berlangsun­g di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu.

Keunikan persembaha­n dan vokal mantap yang diperlihat­kan ternyata menjadi ramuan terbaik buatnya apabila diangkat sebagai Juara Anugerah Nasyid 2017 serta memenangi dua kategori lain iaitu Vokal Terbaik dan Persembaha­n Terbaik.

Pengasas dan bekas anggota kumpulan nasyid Fareast ini mengakui sanggup masuk kelas bahasa Tamil khusus untuk menyanyika­n lagu ciptaannya sendiri serta lirik Ito Lara itu.

“Saya belajar bahasa Tamil bagi menghayati lirik lagu ini. Bahkan saya pernah buat persembaha­n di India menyampaik­an lagu dalam bahasa Tamil.

“Sebenarnya, saya baru sahaja menyiapkan tujuh lagu Tamil yang akan dipasarkan tak lama lagi,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai kunjungan ke India, Fadzli berkata, dia dijemput menjayakan persembaha­n di depan tetamu kenamaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bahkan ketika pelancaran Little India di Brickfield­s, Kuala Lumpur pun saya turut diundang mengadakan persembaha­n. Ia satu pencapaian membanggak­an buat saya,” katanya.

Tampil secara solo sejak dua tahun lalu, Fadzli, 42, memberitah­u, pertemuann­ya dengan seorang usahawan berbangsa India, mencetuska­n idea menarik ini.“Individu ini bukan Islam, tapi sangat meminati genre nasyid dan suka dengar lenggok nyanyian nasyid. Dia ada tanya adakah saya berminat belajar bahasa Tamil kerana lenggoknya hampir sama dengan nyanyian nasyid.

“Saya diperkenal­kan dengan guru yang mengajar bahasa Tamil. Hampir setahun juga saya belajar,” katanya.

Fadzli berkata, lagu untuk album bahasa Tami yang akan dipasarkan tidak lama lagi adalah ciptaan komposer dari India sepenuhnya, namun proses rakaman berlangsun­g di Malaysia.

“Muzik dirakam di sana dan tugas saya hanya menyanyi. Kalau ikutkan perancanga­n, ia dipasarkan di India tapi tengoklah situasi seterusnya nanti.

“Saya cuba menyanyi dalam bahasa Tamil kerana ia satu cabaran. Lagu yang dinyanyika­n pula bersifat positif,” katanya.

Biarpun bergerak secara solo, Fadzli masih mengekalka­n nama Fareast kerana itu ‘trademark’ dirinya.

“Saya masih boleh bekerjasam­a dengan Fareast. adangkala kami buat ersembahan bersama,” atanya.

Fadzli berkata, hobi utamanya adalah menyanyi, mencipta lagu serta memasak.

Dia pernah mempunyai restoran dinamakan Walid Kitchen di Melaka, tetapi terpaksa menutup premis itu dan hanya fokus pada penghantar­an kepada pelanggan.

“Saya akan bekerjasam­a dengan Inteam Production untuk resipi masakan di YouTube. Berkenaan karier seni pula, saya teringin berduet dengan penyanyi arus perdana untuk raih pengalaman baru.

“Saya tiada masalah untuk masukkan elemen rap atau sebagainya kerana ia tetap seni. Selepas meninggalk­an Fareast, saya tampil dengan single berjudul Lahad. Selepas itu, Hafiz Hamidun menaja lagu Walid buat saya,” katanya.

 ?? FOTO ?? Saya baru sahaja menyiapkan tujuh lagu Tamil yang akan dipasarkan tak lama lagi
FOTO Saya baru sahaja menyiapkan tujuh lagu Tamil yang akan dipasarkan tak lama lagi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia