Harian Metro

22 penggiat seni tunai umrah

- Adam Salleh adam@hmetro.com.my

Pelawak veteran, Hamid Gurkha, Sahara Yaacob, Zaiton Sameon dan Shima ‘Teringin,’ antara 22 penggiat seni yang terpilih untuk mengunjung­i Tanah Suci bagi mengerjaka­n umrah hujung bulan ini.

Selain seniman, seniwati dan penyanyi, turut menyertai rombongan umrah ini adalah penulis dari Persatuan Penulis Nasional (PENA).

Mengikut perancanga­n awal, 30 nama penggiat seni disenarai pendek, bagaimanap­un sesudah pelbagai saringan dibuat terdapat beberapa kekangan selain menilai kemampuan kesihatan bakal jemaah, hanya 22 orang yang menepati syarat kelayakan ditentukan penganjur.

Program Umrah Penggiat Seni ini adalah cetusan idea Perdana Menteri Datuk

Seri Najib Razak ketika meraikan penggiat seni pada majlis berbuka puasa di kediamaan beliau di

Seri Perdana, Putrajaya, tahun lalu seterusnya direalisas­ikan oleh Yayasan Perdana Ummah.

Pengerusi Yayasan Perdana Ummah (YPU) Datuk Rizal Mansor berkata, pihaknya berbesar hati diberi amanah untuk membawa penggiat seni ke umrah yang majoriti mereka belum pernah Makkah.

“Mereka akan bertolak ke Makkah pada Jumaat depan dan kembali ke tanah air pada 6 Februari.

“Majoriti yang menyertai umrah penggiat seni ini

Terpilih ikuti program di bawah Yayasan Perdana Ummah

berusia 50 tahun ke atas, paling senior 84 tahun, dan pihak urus setia kami sudah bersedia untuk memikul amanah ini selama penggiat seni kita menjalani ibadah di Madinah serta Makkah,” katanya.

Penggiat seni lain yang turut serta adalah Sulaiman Yassin, Halil Chik, Harun Hashim, Zaleha Hamid, Aida Agil, Ibnor Reza, Kamalia Mohd Dom, S

Azli, Ayati Tasrip, Ahmad Ibrahim dan Tawil.

Halil terharu namanya terpilih menyertai rombongan umrah itu.

“Gembira tidak terkata. Tiada tempat di dunia ini seindah Makkah, itu yang membuatkan saya tidak sabar ke sana,” katanya.

Sahara pula memberi komen ringkas tetapi cukup bermakna: “Teruja sangat, bila ingat saja umrah hati saya berdebar-debar.”

 ??  ?? HALIL terharu namanya terpilih.
HALIL terharu namanya terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia