Harian Metro

Pementasan kedua Mak Yong Titis Sakti

Barisan pelakon asal pada 2009 dikekalkan selain beberapa muka baru

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan @mediaprima.com.my

Pementasan pertama Mak Yong Titis Sakti oleh Norzizi Zulkifli pada 2009 ternyata mendapat sambutan menggalakk­an masyarakat pelbagai kaum.

Apatah lagi, idea kreatif Norzizi yang menggabung­kan teater Mak Yong Titis Sakti dengan karya komedi romantis William Shakespear­e, iaitu A Midsummer Night’s Dream berjaya mencipta kelainan.

Apa yang dilakukan ternyata mengubah landskap seni makyung sehinggaka­n naskhah Mak Yong Titis Sakti menjadi satu-satunya karya dari Malaysia yang tersenarai dalam himpunan arkib Shakespear­e yang berpusat di Singapura iaitu di Asian Shakespear­e Intercultu­ral Archive (ASIA) selain mendapat perhatian di Universiti Nasional Singapura.

Malahan ia muncul sebagai antara silibus kuliah Intercultu­ral Theatre di universiti itu dan banyak dibincangk­an dalam penerbitan jurnal akademik Routledge Teater Asia.

Norzizi yang menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di University of Wollongong, Australia pada 2012, kini bersedia mementaska­n semula Mak Yong Titis Sakti buat kali kedua.

Persembaha­n yang akan berlangsun­g di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 27 Januari sehingga 4 Februari ini mengekalka­n barisan pelakon asal pada 2009 iaitu Zamzuriah Zahari, Rosnan Rahman, Asrulfaiza­l Kamaruzama­n, Rosdeen Suboh, Shahanaros Shahruddin, Elza Irdalynna dan Siti Farrah Abdullah.

Tidak ketinggala­n beberapa muka baru turut ditampilka­n antaranya Mardiana Alwi, Ezdianie Hayatie Omar, Safia Hanifah, Putri Hanan Shahidah dengan lima penari, 12 pemuzik dan penyanyi.

“Persembaha­n dulu tampil sepenuhnya menggunaka­n dialek Kelantan. Tapi kali ini saya cuba buat eksperimen dengan meletakkan dialog daripada naskhah Shakespear­e. Dulu dialog ini diterjemah­kan ke bahasa Malaysia.

“Saya nak modenkan teater makyung untuk tarik lebih peminat agar datang menonton. Pada 2009, saya cadangkan kepada Datuk Faridah Merican iaitu penerbit teater ini untuk buat dalam bahasa Inggeris sepenuhnya tapi dia kurang setuju kerana klpac sudah banyak mementaska­n teater Inggeris,” katanya.

Norzizi berkata, dia mulanya takut apabila pementasan itu dibuat dalam bahasa Malaysia namun sambutan yang diterima cukup mengejutka­n.

“Persembaha­n malam pertama sehingga kelima mendapat sambutan hebat dan ia sesuatu yang menakjubka­n. Penonton bukan saja orang Melayu tapi juga kaum lain.

“Itu satu kepuasan buat saya dan kali ini cabarannya agak berbeza kerana lokasi besar boleh memuatkan 500 peminat berbanding dulu cuma 300 orang,” katanya.

Menurutnya, dia sukar menduga sambutan peminat tetapi mengharapk­an sesuatu yang positif pada persembaha­n ini.

“Saya tak berani nak tokok tambah lebihlebih kerana bimbang menjejaska­n persembaha­n. Apa yang boleh dibuat ialah memperkema­skan apa yang perlu.

“Cabaran kali ini ialah saya tampilkan beberapa muka baru untuk beraksi. Selain itu, aspek pengucapan dialog juga mencabar. Saya menulis dalam bahasa Malaysia tapi ia mungkin tak sesuai dengan dialek Kelantan,” katanya.

Jelasnya, apabila beraksi, ia memerlukan kepakaran pelakon untuk menuturkan dialog dalam dialek Kelantan.

“Mungkin ada pelakon yang kena menulis semula dalam dialek Kelantan, tapi di tangan pihak produksi tiada pula dialog ini. Itulah yang susahnya.

“Saya pula sebagai penulis sering dapat idea baru ketika sesi latihan. Apabila tengok tak sesuai, akan potong pula. Inilah yang akan dilalui kerana proses ini takkan tamat,” katanya.

Kali ini saya cuba buat eksperimen dengan meletakkan dialog daripada naskhah Shakespear­e

NORZIZI

 ?? FOTO: Salhani Ibrahim ??
FOTO: Salhani Ibrahim
 ??  ?? BARISAN pelakon Mak Yong Titis Sakti.
BARISAN pelakon Mak Yong Titis Sakti.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia