Harian Metro

Rabbani nafi hilang ‘taring’

Tidak sertai program GGV atas alasan sukar untuk dijelaskan

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Selepas menolak tawaran Astro untuk menyertai program Gema Gegar Vaganza musim pertama (GGV), Rabbani dilamar lagi tahun ini tetapi mereka tetap tidak akan menyertain­ya.

Pengarah Urusan Rabbani Production­s yang juga ketua kumpulan Rabbani, Asri Ubaidillah berkata, mereka punya alasan sendiri tidak mahu menyertai GGV musim kedua, namun tidak menolak jika dijemput sebagai artis undangan untuk membuat persembaha­n pada konsert mingguan program itu.

“Kami menolak bukan kerana soal menang atau kalah tetapi ada sebab tertentu yang sukar saya jelaskan. Namun begitu, Rabbani sangat menyokong program itu yang memberi laluan kepada penggiat nasyid tanah air untuk beraksi di pentas GGV.

“Kami juga amat berterima kasih kepada Astro yang tidak pernah melupakan kami. Walaupun undangan persembaha­n tidaklah serancak dulu, kami sentiasa ada dalam industri muzik dan sering terbabit dalam pelbagai karnival dan festival diadakan,” katanya.

Baru-baru ini Rabbani berjaya ke pentas akhir Anugerah Nasyid 2017. Walaupun tidak menang sebarang kategori, mereka bersyukur kerana peminat terus menyokong dan mereka berpuas hati dengan persembaha­n Rabbani walaupun pada minit pertama ada gangguan teknikal.

Asri juga menafikan selepas penyanyi utama, Asri Ibrahim meninggal dunia, Rabbani seolaholah sudah hilang seri.

“Ketiadaan arwah sangat kami rasai, tetapi tidak benar jika dikatakan Rabbani sudah hilang taring. Kami masih aktif seperti dulu, cuma dalam keadaan ekonomi sekarang bukan saja kami yang dianggotai ramai ahli merasainya, malah mereka yang tampil solo pun terkesan dengan keadaan itu.

Terkini, Rabbani dilantik sebagai ikon Umrah Dan Ziarah Al Fajr Travel & Tours Sdn Bhd dan mereka akan pergi mengerjaka­n umrah bersama peminat pada Februari, Mac, April, Mei, November dan Disember tahun ini.

Seorang lagi anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, kerjasama itu terjalin atas keserasian kedua-dua pihak dan yakin Al Fajr yang sudah 10 tahun menguruska­n agensi umrah mampu memberikan perkhidmat­an terbaik kepada jemaah.

“Al Fajr juga memiliki penerbanga­n sendiri iaitu Nesma Airlines dan mereka turut menguruska­n visa untuk jemaah. Alhamdulil­lah, ia kerjasama yang sangat baik kerana tujuan kami supaya semua orang dapat mengerjaka­n umrah terutama mereka yang masih muda,” katanya.

Sementara itu, pemilik Al Fajr, Osman Ahmad berkata, setiap penerbanga­n boleh memuatkan 400 jemaah dan kekerapan menerbangk­an jemaah dua hingga tiga kali sehari.

“Belum ada jemaah kami yang terkandas dan jika ada masalah teknikal seperti hotel dan makan minum, kami akan segera atasinya. Al Fajr sangat menggalakk­an orang muda mengerjaka­n umrah, seperti di Indonesia, ramai kanakkanak dan remaja mengerjaka­n umrah bersama ibu bapa mereka,” katanya.

“Bagaimanap­un, ketika ada arwah lagi dia sentiasa menerapkan kepada semua anggota Rabbani supaya sentiasa tolong -menolong, bersama dalam susah dan senang,” katanya.

IKON UMRAH DAN ZIARAH

 ?? FOTO: MUHAIMIN MARWAN ?? OSMAN (depan empat dari kiri) jalin kerjasama dengan Rabbani.
RABBANI masih aktif.
FOTO: MUHAIMIN MARWAN OSMAN (depan empat dari kiri) jalin kerjasama dengan Rabbani. RABBANI masih aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia