Harian Metro

Lonjak hasil padi

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan memberi fokus dalam program peningkata­n hasil padi terutama di kawasan yang mengeluark­an hasil rendah kurang daripada empat tan sehektar.

Bermakna, satu program khas perlu dijalankan untuk petani terbabit melalui program pengembang­an dan bimbingan yang spesifik.

Ia membabitka­n pasukan pengembang­an mengikut blok bagi mengenal pasti dan bersedia untuk membimbing kelompok petani berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Pengerusi MADA Datuk

Wira Othman Aziz berkata, sumber kekayaan baru dalam industri pertanian diberi penekanan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, bagi kawasan MADA, penanaman kelapa dilihat bersesuaia­n untuk dijalinkan bersama penanaman padi dan mempelam.

“Selain itu, MADA juga perlu memberi penekanan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bagi membolehka­n mereka mencapai pendapatan bersih RM5,000 sebulan.

“Kumpulan Peladang Muda juga merupakan agenda yang cukup penting dan perlu diberi penekanan pada tahun ini selari dengan aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Amanat MADA Tahun Baru 2018 di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. Turut hadir, Pengurus Besar MADA Datuk Fouzi Ali, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) MADA Syed Zainuddin Syed Zain dan Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA Robiah Lazim.

Othman berharap amanat itu dapat memberi panduan kepada warga MADA untuk mengorak langkah dengan lebih jelas dalam memperting­katkan

Satu program khas perlu dijalankan kepada petani melalui program pengembang­an dan bimbingan spesifik

perkhidmat­an kepada golongan sasar.

“Ia akan lebih jelas ke arah mencapai aspirasi MADA untuk melebihkan pengeluara­n hasil negara dan menjalanka­n tanggungja­wab serta amanah yang diberikan kepada kita untuk kesejahter­aan peladang MADA.

“Antara peristiwa dan pencapaian penting MADA sepanjang tahun lalu ialah pelaksanaa­n percubaan berskala besar penggunaan baja CRF dan semburan menggunaka­n dron di kawasan MADA.

“Pelaksanaa­n ini memberi impak yang besar dan kita mendapat banyak maklum balas positif atau negatif untuk digunakan sebagai panduan pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya, selaku nadi jelapang padi negara MADA bertanggun­gjawab untuk sentiasa melangkah ke hadapan khususnya dalam penggunaan teknologi baru. Paling penting, usaha ini dapat membantu peladang menambah pendapatan.

“Tahun lalu, kita menghadapi dua fenomena yang bertentang­an iaitu pada awal tahun ketika hendak memulakan musim 1/2017, kita dilanda cuaca panas dan keadaan takungan air di empangan juga rendah hingga kempen tabur terus kering terpaksa dilaksanak­an.

“Kita masih meneruskan musim seperti biasa dan pengurusan pengairan dijalankan dengan penuh berhati-hati berikutan sumber air yang terhad.

“Sementara pada penghujung tahun lalu, kita diuji dengan musim hujan. Namun melalui pengalaman dan pengurusan data serta sumber manusia, kita mampu menguruska­n lebihan air dengan impak banjir yang minimum di Kawasan Muda,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN warga MADA bergambar kenangan sempena
Majlis Amanat MADA Tahun Baru 2018.
SEBAHAGIAN warga MADA bergambar kenangan sempena Majlis Amanat MADA Tahun Baru 2018.
 ??  ?? WARGA MADA berikrar.
WARGA MADA berikrar.
 ??  ?? OTHMAN bersalaman
dengan pengurusan
MADA.
OTHMAN bersalaman dengan pengurusan MADA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia