Harian Metro

Barang kawalan pada harga jimat

-

2,089 cawangan peruncitan FAMA laksana program JBD penuhi keperluan pengguna

pembanguna­n projek agrobazaar di Putrajaya dan kulinari termasuk 12 projek pembanguna­n yang dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11),” katanya. usahawan pasar tani, pusat operasi FAMA dan ladang kontrak.

“Pihak FAMA akan memastikan program ini berlangsun­g dengan kekerapan seminggu sekali atau mengikut bilangan hari operasi.

“FAMA akan memastikan setiap usahawan pasar tani mempamerka­n tanda harga JBD di setiap komoditi yang diniagakan dan menggunaka­n tanda harga JBD disediakan dengan mengisi maklumat diperlukan.

“Impak program JBD ini akan mengurangk­an kos sara hidup pengguna dalam mendapatka­n barangan keperluan.

“Ia juga menggalakk­an petani khususnya peserta ladang kontrak menjual secara terus kepada pengguna bagi mengurangk­an lapisan pasaran dan menguasai rantaian nilai,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu, FAMA mencatatka­n nilai jualan lebih RM2 juta membabitka­n 2,089 cawangan pemasaran dan infrastruk­tur FAMA.

“Sementara jumlah bilangan peserta terkumpul di bawah bimbingan FAMA adalah 123,334 peserta,” katanya.

Pada majlis itu, 350 warga FAMA membabitka­n Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan kakitangan dari seluruh negara menghadiri persidanga­n itu.

Persidanga­n itu menerangka­n berkenaan pencapaian FAMA sepanjang tahun 2017 dan fokus MOA melalui FAMA bagi tahun 2018 adalah memberi tumpuan kepada kelangsung­an program kos sara hidup bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan petani serta nelayan.

 ??  ?? Produk di bawah barangan kawalan seperti tepung, gula dan minyak masak ditawarkan penjimatan lebih rendah berbanding harga pasaran runcit SEBAHAGIAN warga FAMA bersama Dr Ismail, Badruddin dan Ahmad.
Produk di bawah barangan kawalan seperti tepung, gula dan minyak masak ditawarkan penjimatan lebih rendah berbanding harga pasaran runcit SEBAHAGIAN warga FAMA bersama Dr Ismail, Badruddin dan Ahmad.
 ??  ?? MELAWAT tapak pameran.
MELAWAT tapak pameran.
 ??  ?? DARI kiri Badruddin, Dr Ismail dan Ahmad menyampaik­an taklimat kepada warga FAMA.
DARI kiri Badruddin, Dr Ismail dan Ahmad menyampaik­an taklimat kepada warga FAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia