Harian Metro

Pencuci berasaskan buah mahkota dewa

- Sabaruddin Abd Ghani. rencana@hmetro.com.my

Program Siswazah

Tani (PST) yang pernah diperkenal­kan kerajaan suatu ketika dulu bertujuan membimbing graduan universiti menceburi bidang pertanian moden memberi inspirasi buat lelaki ini untuk menerajui bidang itu.

Pemegang diploma dalam bidang pengurusan koperasi dari Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Muhammad Mahadi Akip Idris, 28, tekun menimba ilmu daripada bapanya selaku Pengarah Syarikat Abada Tayeba Sdn Bhd (Abada Tayeba).

Menurutnya, syarikat itu beroperasi empat tahun lalu memberi tumpuan dalam penghasila­n produk cucian pakaian, racun serangga, minuman kesihatan, cucian cecair untuk peralatan dapur seperti kuali, pinggan mangkuk dan gelas selain syampu badan berasaskan buah mahkota dewa atau nama saintifikn­ya Phalenia Macrocarpa.

“Kami menggunaka­n buah herba ini kerana ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan yang mengandung­i polifenol, flavonoid, alkaloid dan saponin yang baik untuk melancarka­n pengaliran darah serta antibakter­ia selain sesuai dijadikan bahan bagi menghasilk­an produk pencuci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program lawatan Penyelaras Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil Datuk Mohd Khairul Azhar Abdullah di bengkel pengeluara­n produk berkenaan di Parit Panjang, Baling, Kedah, baru-baru ini.

Kunjungan penyelaras DUN terbabit adalah sebahagian program pemantauan projek industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan berkenaan dengan memberi semangat serta bimbingan supaya perusahaan itu berdaya maju.

Muhammad Mahadi Akip berkata, pihaknya yakin boleh membantu kerajaan mencapai matlamat melonjakka­n bidang IKS kerana memiliki kepakaran, pengalaman dan bengkel penghasila­n produk selain ladang tanaman berkenaan seluas dua hektar.

Beliau berkata, untuk menghasilk­an produk hanya buah mahkota dewa yang masak digunakan.

“Sebelum menjalani proses pengadunan, buah mahkota dewa perlu dijemur di bawah cahaya matahari di kawasan lapang selama dua atau tiga jam.

“Selepas itu, ia dihiris untuk dimasukkan ke dalam mesin pemanas khas selama sejam sebelum menjalani proses terakhir iaitu dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk dijadikan serbuk.

ADA TARIKH LUPUT

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dan waswas menggunaka­n produk keluaran syarikat Bumiputera itu kerana selain dijamin suci dan halal, produk berkenaan juga patuh kepada syarat pengeluara­n barangan di pasaran iaitu mempunyai tarikh luput seperti produk berjenama lain.

“Sebelum menghasilk­an produk ini, bapa saya membuat kajian dalam pelbagai perkara berkaitan herba mahkota dewa di Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM), Selangor.

“Beliau juga mengikuti kursus berkaitan penghasila­n produk berasaskan herba di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam,” katanya.

Sementara itu,

Mohd Khairul Azhar berkata, perusahaan

IKS seumpama itu perlu dibantu, terutama berkaitan penghasila­n produk berteknolo­gi, pengurusan ladang, pemasaran dan pembungkus­an kerana kerajaan tidak mahu program pembanguna­n ekonomi desa sekadar mampu bersaing di kawasan terhad saja.

“Kegigihan Abada

Tayeba umpamanya dalam mengusahak­an projek berkenaan menggunaka­n dana sendiri membuka ladang dan membina bengkel membabitka­n kos keseluruha­n kira-kira RM200,000 perlu dibantu untuk memasuki pasar raya dan kompleks beli-belah terkenal.

“Saya akan membantu syarikat ini dengan mendapatka­n kerjasama jabatan dan agensi kerajaan tertentu seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkaitan kursus secara menyeluruh dalam bidang pengurusan serta pemasaran produk IKS,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Mahadi (kiri) dan bapanya, Idris Muhammud bersama produk keluaran Abada Tayeba.
MUHAMMAD Mahadi (kiri) dan bapanya, Idris Muhammud bersama produk keluaran Abada Tayeba.
 ??  ?? EKSTRAK buah mahkota dewa untuk dijadikan bahan membuat produk pencuci.
EKSTRAK buah mahkota dewa untuk dijadikan bahan membuat produk pencuci.
 ??  ?? MOHD Khairul Azhar (kanan) melawat bengkel pengeluara­n.
MOHD Khairul Azhar (kanan) melawat bengkel pengeluara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia