Harian Metro

HOBI IMBAU NOSTALGIA

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Ibarat kembali ke zaman kanak-kanak pada era 1980an dan 1990-an. Itu yang dapat disimpulka­n penulis sebaik melihat koleksi permainan vintaj kepunyaan Azlia Shahinas Che Aziz, 30, yang disimpan rapi di beberapa ruang di dalam rumahnya.

Malah,pelbagaisa­izdan jenama permainan keluaran luar negara berada dalam simpananny­a sejak ‘terjebak’ dengan hobi berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, selain kepuasan, minat antara sebab utama dia obses mengumpul permainan berkenaan walaupun sudah dewasa.

“Ketika kanak-kanak, saya tidak berpeluang bermain permainan berkenaan kerana harganya yang mahal.

“Apabila sudah bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, timbul keinginan untuk membeli permainan terutama daripada koleksi vintaj dan daripada situ hobi itu terus melekat sehingga ke hari ini.

“Bagi saya, kepuasanny­a adalah dapat memiliki sesuatu yang sudah lama kita inginkan contohnya koleksi permainan kesukaan iaitu Shopkins, Poly Pockets dan Furby,” katanya.

Bercerita lanjut, Azlia berkata, selain portal jual beli dalam talian, sebahagian permainan berkenaan dibeli daripada peniaga ‘car boot’ atau kedai bundle.

Sebagai pengumpul, dia tidak kisah membeli permainan terpakai kerana apa yang lebih penting adalah mendapat koleksi diinginkan.

“Boleh dikatakan saya menghabisk­an kira-kira RM300 hingga RM400 seminggu untuk membeli permainan diinginkan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia