Harian Metro

SEBATANG PENSEL DIKONGSI LIMA

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Murid berkaki ayam, belajar atas lantai buka mata Khairul laksana projek hulur bantuan

Kemiskinan rakyat di daerah Kwale, Kenya mendorong pengembara solo Khairul Jamain, 25, mencari dana menerusi projek ‘Sepasang Kasut, Seorang Murid, Sejuta Impian’ bersama rakan sukarelawa­n MyCorps yang kini terbabit dalam misi kemanusiaa­n selama dua bulan di negara berkenaan.

Khairul berkata, 200 penderma diperlukan bagi mencapai sasaran projek berkenaan yang dianggarka­n RM10,000.

Katanya, idea melaksanak­an projek berkenaan tercetus selepas bertemu dengan murid prasekolah dan sekolah rendah Boyani di Ukunda, sebuah kawasan pedalaman di Kenya, baru-baru ini.

“Salah satu aktiviti yang kami lakukan sejak tiba di sini adalah mengadakan pertemuan dengan guru besar di sekolah pedalaman.

“Ia bertujuan mengetahui keperluan dan membincang­kan apa yang boleh dilakukan untuk membantu murid dan pihak sekolah.

“Kedatangan kami ke situ disambut baik namun apa membuatkan saya tersentuh dan terpanggil untuk membantu mereka adalah selepas melihat murid berkaki ayam dan persekitar­an sekolah yang cukup daif,” katanya.

Menurut Khairul, meskipun menempuh perjalanan selama hampir dua jam untuk tiba di sekolah berkenaan, pengalaman diperoleh amat bermakna dan mengajarny­a erti bersyukur.

Disebabkan rasa simpati itu, dia semakin bersemanga­t menjayakan projek dan beberapa inisiatif lain yang boleh membantu kelangsung­an hidup penduduk di kawasan berkenaan dalam tempoh jangka masa panjang.

“Bayangkan, kemiskinan hidup bukan saja memaksa mereka ke sekolah tanpa kasut tetapi saya sendiri dapat melihat sebatang pensel dikongsi oleh lima murid.

“Bukan setakat itu, meja dan kerusi di bilik darjah yang tidak mencukupi juga menyebabka­n sebahagian­nya duduk di atas lantai ketika sesi pengajaran dan pembelajar­an.

“Makan pula hanya sekali sehari dan meskipun begitu, mereka tetap bersemanga­t dan ceria ketika kami melakukan aktiviti bersama,” katanya.

Di samping sekolah pedalaman, Khairul berkata, mereka turut dibawa melawat sebuah madrasah selain sarang penagih dan pusat pemulihan dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) di sana.

Menurutnya, kunjungan itu bertujuan melihat gambaran sebenar sebagai panduan untuk mencari kaedah sesuai bagi membantu golongan berkenaan.

“Keadaan di madrasah itu agak daif kerana tidak menerima bantuan manamana pihak dan 350 muridnya terpaksa belajar di ruang bilik darjah yang sempit dengan bilangan guru tidak ramai iaitu antara lima hingga tujuh orang saja.

“Kunjungan ke sarang penagih pula memberi peluang kepada kami melihat sendiri kehidupan penagih di kawasan berkenaan.

“Satu pengalaman yang cukup menarik dan kami merancang membuka pusat cuci kereta dalam usaha memberi mereka peluang pekerjaan supaya tidak lagi terjebak dengan najis dadah,” katanya.

 ??  ?? MURID tekun belajar walaupun dalam suasana
yang serba kekurangan.
MURID tekun belajar walaupun dalam suasana yang serba kekurangan.
 ??  ?? KHAIRUL mendekati seorang murid ketika kunjungann­ya ke sebuah madrasah.
KHAIRUL mendekati seorang murid ketika kunjungann­ya ke sebuah madrasah.
 ??  ?? GELAGAT kanak-kanak di Kenya, Afrika.
GELAGAT kanak-kanak di Kenya, Afrika.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia