Harian Metro

Pernah berasa tipisnya harapan

-

“Kali pertama melihat Siddiq tiada air mata yang mengalir. Saya terpegun melihat keagungan Ilahi yang memberikan peluang untuk merasai nikmat melahirkan anak kali ini walaupun bayi tidak cukup bulan.

“Saya cukup bersyukur kerana Siddiq boleh bernafas dan berpeluang menjengah dunia walaupun ketika itu saya tidak pasti sepanjang mana hayatnya. Apa yang saya fikirkan untuk terus melihat Siddiq kuat dan membesar seperti bayi lain, walaupun ada kala saya berasakan harapan itu sangat tipis,” kata Noorahiza.

Walaupun langsung tidak menitiskan air mata, ujar wanita ini, emosinya cukup terganggu tatkala melihat bayi pramatang lain sedang bertarung nyawa. Di sebelahnya ada si kecil dengan berat 650g meninggal dunia selepas dua minggu dilahirkan. Ada pula bayi yang dilahirkan pada usia enam dan tujuh bulan mengalami pelbagai komplikasi, malah ramai ibu yang datang menangis setiap kali melihat anak mereka.

“Memang inilah situasi yang saya lalui setiap hari. Saya hanya memandang dan memahami perasaan mereka. Namun mungkin yang membezakan­nya adalah semangat dan kekuatan. Doktor sendiri berkali-kali berpesan agar saya tidak menangis di hadapan bayi kerana si kecil memahami naluri si ibu. Mujur saya seorang yang periang dan gemar ketawa. Mungkin perwatakan ini menyebabka­n saya tidak menunjukka­n kesedihan ini di hadapan sesiapa termasuk keluarga sendiri.

“Tipu jika saya tidak sedih. Namun kesedihan saya lebih kepada ketidaksan­ggupan melihat kepayahan dan kesakitan yang dilalui Siddiq. Saya sedar dia sedang bertarung nyawa untuk hidup. Saya mahu dia kuat dan terus kuat, itu saja yang saya katakan setiap kali bertemu Siddiq,” katanya.

Siddiq yang dilahirkan pada 8 September 2015, sepatutnya menjalani kelahiran secara pembedahan apabila kandungan memasuki 37 minggu iaitu 31 Disember 2015. Namun disebabkan

 ??  ?? SIDDIQ selepas dilahirkan dengan
berat 670g.
SIDDIQ selepas dilahirkan dengan berat 670g.
 ??  ?? MULA minum susu
menerusi botol pada usia 4 bulan.
MULA minum susu menerusi botol pada usia 4 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia