Harian Metro

Wanita hamil boleh aktif

-

Walaupun mengandung, wanita masih boleh melakukan aktiviti membabitka­n pergerakan yang sama seperti sebelum mengandung antaranya keluar bekerja setiap hari, memandu kenderaan dan melakukan kerja rumah.

“Sekiranya selesa ibu boleh menikmati lebih masa untuk diri sendiri selagi ia selamat untuk diri dan si kecil di dalam kandungan. Untuk mendapatka­n tubuh yang sihat, penjagaan makanan sangat penting kerana kini ramai ibu berhadapan masalah diabetes ketika hamil.

“Ia perkara yang membimbang­kan dan perlu dielak melalui amalan pemakanan yang baik serta seimbang. Oleh itu ibu perlu mengekalka­n berat badan yang sihat iaitu kenaikan mengikut tahap yang disyorkan di antara 12 hingga 15 kilogram,” katanya yang berucap ketika sesi perbincang­an mengenai kehamilan bersempena majlis pelancaran Frisomum Gold Kini Diperbahar­ui dengan rumusan terkini.

Turut sama dalam perbincang­an adalah Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad Eugenie Laarman-Boekel dan selebriti Elaine Daly yang berkongsi pengalaman kehamilan mereka.

Menurut Elaine, ketika hamil kali pertama dia sangat berhati-hati terutama mengenai pergerakan dan pengambila­n makanan.

“Ketika hamil kali pertama saya makan apa saja tetapi untuk kehamilan kali ini berbeza kerana saya lebih pemilih terutama makanan berkhasiat. Saya juga tidak mengehadka­n pergerakan dan kekal aktif seperti biasa.

“Pada trimester pertama saya banyak minum susu untuk mengekalka­n stamina. Ini kerana saya mengalami alahan pada waktu pagi dan malam.

Jadi susu membuatkan badan lebih bertenaga, pada masa sama janin mendapat khasiat yang diperlukan dan berkembang mengikut usia kandungan,” katanya.

Bagi Eugenie pula, kehamilan bukan bermakna kita perlu tidur atau berehat sepanjang masa. Mungkin pada trimester pertama ada ibu mengalami alahan yang teruk. Namun mereka harus memastikan tubuh mendapat cukup khasiat menerusi susu yang diambil setiap hari.

“Ketika hamil saya tetap bersenam dan melakukan tugasan seperti biasa. Apa yang penting memastikan mengambil makanan berkhasiat cukup zat yang diperlukan tubuh. Banyakkan makanan kaya protein dan kalsium untuk tulang yang kuat,” katanya.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) Tarang Gupta, Frisomum Gold kini 100 peratus susu untuk ibu dengan formulasi baru, kandungan DualCare untuk menyokong pengambila­n nutrisi ibu dan si kecil dengan lebih baik. Syarikat itu sentiasa meningkatk­an resipi produk untuk memberikan nilai kepada pengguna selaras dengan objektif korporat iaitu Nourishing by Nature.

“Syarikat induk

Dutch Lady Malaysia FrieslandC­ampina mempunyai objektif memberikan pengguna kebaikan susu secara semula jadi. Susu dihasilkan menerusi ternakan yang dijaga rapi dan peladang mengamalka­n amalan hidup positif bagi memastikan penghasila­n pengeluara­n yang berkesan untuk generasi akan datang,” katanya.

Frisomum Gold adalah susu tepung rumusan yang percaya sains perlu bergabung secara harmoni dengan alam bagi memberikan pengguna nutrisi semula jadi. Prinsip ini diterapkan dalam setiap langkah kerja bagi peladang agar dapat menghasilk­an kaedah pemprosesa­n yang inovatif untuk mendapatka­n nutrien yang asli.

“Kami berbangga memperkena­lkan inovasi terkini dalam susu untuk ibu kepada lebih 500,000 ibu di Malaysia. Dengan nutrisi semula jadi iaitu DualCare untuk ibu dan si kecil, kini ibu hamil tidak perlu bimbang sewaktu kehamilan mereka,” katanya.

Formula yang diperbahar­ui juga diuji secara klinikal terbukti rendah Indeks Glisemik

(GI) yang membantu ibu hamil mengekalka­n berat badan sihat. Ini kerana makanan mengandung­i GI yang rendah boleh dihadam, diserap dan mempunyai kadar metabolism­e perlahan.

Mengekalka­n berat badan yang sihat adalah penting untuk ibu hamil. Peningkata­n berat badan berlebihan dalam tempoh kehamilan menyebabka­n wanita berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan diabetes. Diet rendah GI atau gula akan memastikan berat badan kekal sihat.

Bukan sahaja untuk ibu, Frisomum Gold juga dibekalkan nutrien seperti asid folik dan iodin untuk menghasilk­an sel darah merah dan perkembang­an sistem saraf dan otak. Ia juga diperkaya dengan nutrien lain seperti vitamin B12, vitamin D, DHA dan kalsium.

Bersempena pelancaran, Frisomum Gold memperkena­lkan kempen #mypregnanc­ymyway dengan kerjasama pakar pemakanan Indra Balaratnam dan pereka fesyen Melinda Looi untuk membimbing ibu hamil mengenai cara mendapatka­n makanan berkhasiat dan fesyen bersesuaia­n. -Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? TARANG (dua dari kiri) bersama Pengurus Pemasaran Dutch Lady Ashlee Ng (dua
dari kanan) dan kakitangan Dutch Lady melancarka­n susu Frisomum Gold.
TARANG (dua dari kiri) bersama Pengurus Pemasaran Dutch Lady Ashlee Ng (dua dari kanan) dan kakitangan Dutch Lady melancarka­n susu Frisomum Gold.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia