Harian Metro

Tilam fabrik kapas si comel

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Rekaan unik, warna terang dan lembut jadi tarikan ramai ibu untuk bayi baru lahir

Membuat persiapan menyambut ‘orang baru’ dalam keluarga sememangny­a amat menyeronok­kan. Apatah lagi sekiranya pasangan menyambut kelahiran bayi pertama yang tentunya amat dinanti-nantikan.

Membeli kelengkapa­n baru termasuk baju, lampin, barut, set tilam dan bantal menjadi antara keutamaan. Dengan pelbagai fesyen dan rekaan terkini membuatkan ibu seronok memilih padanan sedondon untuk si comel yang bukan sahaja pakaian, tetapi termasuk set tilam mereka.

Ramai ibu yang hanya mementingk­an pemilihan pakaian untuk bayi sedangkan tempat tidur juga sama penting bagi memastikan si kecil dapat tidur nyenyak dan selesa.

Penyediaan tilam dan bantal berasaskan kekabu sesuai untuk bayi baru lahir kerana fungsinya yang lembut dan tidak menyebabka­n tekanan pada si kecil. Tilam pula haruslah tidak terlalu nipis bagi mengelakka­n ketidaksel­esaan ketika tidur atau terlalu tebal yang boleh membuatkan bayi terjatuh atau lemas seandainya tertiarap.

Menurut pemilik Decozerria Sara, Siti

Mariam Shamsuddin, untuk kelengkapa­n bayi seperti tilam dan bantal, material berasaskan kapas dan kekabu sesuai digunakan kerana ia tidak panas, lembut dan memberikan ketenangan ketika tidur.

Di pasaran terdapat pelbagai jenis material seperti serat dan campuran kapas, namun ibu bapa harus bijak memilih agar produk digunakan tahan lama dan menyenangk­an bayi.

“Reka bentuk juga memainkan peranan. Pilih tilam jenis rata supaya tidak membuatkan badan bayi membengkok ketika tidur mengiring atau terlentang. Ketebalan dan ukuran tilam juga harus diutamakan. Pastikan tilam tidak terlalu tebal atau nipis.

“Untuk bantal pula pilih yang lembut dan tidak terlalu tinggi. Bantal bersaiz kecil (bantal berbentuk karipap dengan lubang di tengah) sesuai untuk bayi baru lahir kerana ia tidak menyebabka­n kepala bayi lebih tinggi daripada badan sekali gus mengurangk­an kesakitan,” katanya yang turut menjual pelbagai jenis ukuran bantal bayi sama ada menerusi tempahan atau sedia digunakan yang dijual di butik barangan bayi terpilih.

Pada tahun lalu, tilam sarang bersama bantal dan bantal golek mendapat permintaan ramai. Ini disebabkan bentuknya yang comel, mudah dibawa ke mana-mana, rekaannya yang unik dan menarik menjadi tarikan. Tilam jenis ini juga menggunaka­n fabrik kapas dan kapas minky yang lebih lembut dan selesa. Ia juga boleh diubahsuai dengan melonggark­an talinya supaya menjadi rata.

“Saya memberikan kelainan dalam setiap rekaan terutama tilam dan bantal. Antaranya menggunaka­n warna terang dan interaktif, koleksi kartun popular seperti Mickey dan Minnie Mouse, Hello Kitty, Thomas & Friends dengan bentuk berbeza. Misalnya saya wujudkan bantal karipap yang mendapat permintaan ramai,” katanya yang dulunya bekerja sebagai pereka hiasan dalaman.

Bermula dengan menghasilk­an barangan bayi untuk anak ketiga Sara Harleyna, yang kini berusia enam tahun, menurut

Siti Mariam, dia cukup teruja melihat barangan comel anak perempuan yang penuh berwarna. Tambah pula penantian untuk mendapatka­n anak perempuan selepas kelahiran dua cahaya mata lelaki sememangny­a amat dinanti-nantikan.

Bermula dengan menghasilk­an barut sendiri, lama-kelamaan

Siti Mariam semakin berani menjahit tilam dan bantal. Semuanya dipelajari sendiri di rumah. Kemahiran ibu yang mengambil upah

 ?? Siti mariam ?? Produk tempahan juga diletakkan di dalam kotak khas bagi memudahkan pelanggan memberikan­nya sebagai cenderahat­i
SITI MARIAM gembira kerana dapat memenuhi keperluan ibu bapa yang ingin mencari barangan bayi.
Siti mariam Produk tempahan juga diletakkan di dalam kotak khas bagi memudahkan pelanggan memberikan­nya sebagai cenderahat­i SITI MARIAM gembira kerana dapat memenuhi keperluan ibu bapa yang ingin mencari barangan bayi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia