Harian Metro

Mesej cinta paling kreatif

-

Bilakah kali terakhir anda meluahkan sesuatu kepada insan tersayang menerusi tulisan? Mungkin ramai mengakui tiada keberanian atau keyakinan diri lantas memendam perasaan begitu sahaja. Luahan perasaan bukan kasih sayang sematamata sebaliknya ucapan terima kasih dan tahniah boleh juga diluahkan menerusi tulisan, malah ia boleh disimpan untuk dijadikan kenangan.

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina Februari ini, Julie’s melancarka­n kempen Titipkan Luahan Kasih Anda di Pusat Belibelah Sunway Velocity bagi memberi peluang kepada individu menulis surat kepada insan tersayang, pada masa sama memberi galakan kepada semua untuk saling bertanya khabar dan mengirim salam mesra sesama keluarga.

Menurut Pengurus Kanan Jualan Julie’s Malaysia Dennis Swee Jing Wei, meneruskan tradisi tahunan ini sejak 2015, kempen Julie’s Titipkan Luahan Kasih

Anda menerima sambutan menggalakk­an. Dengan adanya kempen ini, orang ramai mula mengambil berat dan mengirim salam kasih melalui penulisan dan secara tidak langsung menggembir­akan orang lain.

Kempen Julie’s

Titipkan Luahan Kasih

Anda dijalankan dengan beberapa cara. Antaranya melalui kiriman poskad yang dianjurkan pada tahun sebelumnya dan menyebarka­n kasih sayang melalui dedikasi secara pertuturan untuk mengukuhka­n perhubunga­n.

“Bagi merayakan Tahun Baru Cina ini, kami mereka bentuk beg istimewa edisi terhad bersempena pengeluara­n biskut Julie’s Love Letters 700 gram. Di dalam beg ini diselitkan ‘Nota Kasih’ untuk anda menulis warkah kepada seseorang sebagai tanda penghargaa­n,” katanya.

Kali ini jenama itu melancarka­n peraduan What’s Your Love Letter? dengan membeli dua tin biskut Julie’s Love Letters 700 gram bermula 8 Januari sehingga 11 Februari sambil menulis mesej cinta tidak melebihi 20 perkataan di atas kertas yang disediakan.

Kemudian isikan maklumat peribadi anda bersama resit pembelian. Masukkan mesej cinta ini ke dalam beg bertuah di gerai promosi Julie’s atau hantar melalui pos. Sebanyak 50 mesej cinta yang paling kreatif dan menyentuh perasaan berpeluang memenangi rantai tangan mewah emas 24K manakala 10 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.

Pada tahun ini, Julie’s meneruskan kempen What’s Your Love Letter? dengan sesi jelajah di 35 lokasi terpilih bagi memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah istimewa berserta baucar. Jadilah 188 pelanggan pertama yang membeli dua tin biskut Julie’s Love Letters 700 gram pada setiap Sabtu sekitar jam 11 pagi semasa promosi berlangsun­g untuk menerima biskut Julie’s Love Letters 400 gram dan beg bertuah istimewa edisi terhadnya.

 ??  ?? SWEE (kiri) bersama Pengurus Perhubunga­n Media Julie’s Biscuit Lim Bee Bee ketika majlis pelancaran kempen Titipkan Luahan Kasih Anda.
SWEE (kiri) bersama Pengurus Perhubunga­n Media Julie’s Biscuit Lim Bee Bee ketika majlis pelancaran kempen Titipkan Luahan Kasih Anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia