Harian Metro

Sajian ringan berkhasiat

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kebijaksan­aan dan kreativiti menggunaka­n bahan yang sedia ada di dapur membolehka­n kita menyediaka­n sajian ringan yang enak serta berkhasiat. Sardin dan kentang adalah dua bahan asas yang ada di kebanyakan dapur.

Untuk ruangan resipi kali ini, dikongsika­n cara membuat sardin gulung goreng menggunaka­n sardin Ayam Brand, yang biasanya menjadi kegemaran kanakkanak dan enak dijadikan hidangan minum petang.

Pilihan ini bagi memberi ilham kepada suri dapur supaya tidak terikat kepada sandwic sardin sahaja.

Sememangny­a masakan berasaskan sardin boleh dipelbagai­kan mengikut cita rasa masing-masing seperti masak lemak cili padi atau kari. Apa yang membuatkan­nya menjadi pilihan suri rumah adalah kerana masa untuk menyediaka­nnya tidak terlalu lama.

Dikongsika­n juga resipi cawan kentang yang disediakan oleh

Mahadi Mohamed Arifin menggunaka­n kentang ungu Amerika Syarikat yang segar dan enak. Lebih istimewa cawan kentang ini dimasak dalam ketuhar tanpa menggunaka­n sebarang minyak.

Hidangan ini pastinya mengekalka­n kesegaran rasa kentang yang asli bersama herba semula jadi. Ia boleh dinikmati ketika bersarapan atau minum petang dan sesuai bagi kanak-kanak kerana rasa lembut kentang dan susu sangat menyelerak­an.

Sardin gulung goreng

Bahan-bahan:

425g sardin, dilenyek

1 sudu perahan limau nipis 2 sudu kecil hirisan cili merah

Bawang besar, dipotong kecil Roti putih

2 biji telur

2 sudu serbuk roti

Garam dan lada hitam Minyak masak untuk menggoreng

Cara menyediaka­nnya:

1. Di dalam mangkuk kecil masukkan sardin bersama kuahnya kemudian dilenyek halus.

2. Tambahkan cili, bawang, air limau nipis bersama lada hitam dan garam.

3. Sapukan sardin di atas roti kemudian gulung perlahan-lahan.

4. Salut gulungan dengan putih telur bersama serbuk roti.

5. Goreng sehingga coklat dan sedia untuk dihidangka­n ketika masih panas.

Cawan Kentang

Bahan-bahan:

2 biji kentang ungu

1 biji bawang besar (potong dadu)

2 ulas bawang putih (potong kecil)

1 biji telur

1 sudu serbuk lada hitam 50 gram keju

1/2 cawan susu segar Garam

Cara menyediaka­nnya:

1. Kupas kulit kentang ungu dan potong dadu kemudian rebus selama 15 minit sehingga empuk.

2. Ambil susu segar campurkan dengan telur, keju dan garam kemudian gaul sehingga sebati.

3. Sediakan bekas mufin, masukkan ketulan kentang yang telah direbus diikuti dengan bawang besar dan bawang putih.

4. Tuangkan bancuhan susu tadi ke dalam bekas mufin dan taburkan serbuk lada hitam di atasnya.

5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 25 minit.

6. Keluarkan dan boleh terus dihidang panas.

 ??  ?? SARDIN gulung goreng
SARDIN gulung goreng
 ??  ?? CAWAN Kentang
CAWAN Kentang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia