Harian Metro

Hiasan comel nampak glamor

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Pemilihan beg tangan untuk acara keraian pastinya berbeza dengan beg untuk ke pejabat. Selain potonganny­a yang lebih comel, rekaannya pula menyelitka­n unsur glamor seperti ditambah perincian perhiasan pada bahagian tertentu seperti manik, reben atau rambu pada zip.

Rambu atau juntaian ini sering juga dilihat pada beg tangan jenama mewah disertakan label jenama. Ia berfungsi memudahkan wanita membuka beg dengan selesa. Perhiasan berbentuk juntaian ini direka dengan pelbagai bentuk dan warna. Ada dihasilkan daripada kulit, fabrik atau aluminium.

Bagi pereka beg tangan buatan tangan, Siti Nor Hanir Misro, 43, kekerapan menghasilk­an beg tangan untuk pelanggan menye- babkan dia mahir membuat perhiasan beg tangan sendiri.

Menurut Siti Nor Hanir untuk menghasilk­an hiasan comel di beg ini tidaklah terlalu sukar. Bahan diperlukan juga tidak banyak, sekiranya lengkap tidak sampai 15 minit rambu dapat disiapkan sepenuhnya.

Tambahnya lagi perhiasan ini tidak boleh terlalu besar atau kecil. Ia bergantung kepada ukuran beg tangan. Apa yang penting adalah penutup bahagian atas bagi menguat dan mengetatka­n juntaian.

“Memang sangat mudah melakukann­ya. Ini kerana saya hanya menggunaka­n fabrik seperti getah bersama penutup perhiasan. Pemilihan warna pula bergantung kepada kreativiti masingmasi­ng,” katanya yang menunjukka­n cara mudah menghasilk­an perhiasan berbentuk rambu untuk pembaca Harian Metro.

 ??  ?? LUKIS garis di bahagian luar PVC mengikut kreativiti anda. Tambah ukuran jika mahu rambu yang besar dan sebaliknya. Gulung kertas PVC tadi.
LUKIS garis di bahagian luar PVC mengikut kreativiti anda. Tambah ukuran jika mahu rambu yang besar dan sebaliknya. Gulung kertas PVC tadi.
 ??  ?? SEDIA digunakan.
SEDIA digunakan.
 ??  ?? PASTIKAN bahagian hujungnya kemas kemudian masukkan penutup perhiasan tadi. Masukkan skru kemudian ketatkan.
PASTIKAN bahagian hujungnya kemas kemudian masukkan penutup perhiasan tadi. Masukkan skru kemudian ketatkan.
 ??  ?? FABRIK vinly glitter atau PVC berukuran 10 sentimeter (sm) panjang, 15 sm lebar. Namun ukuran bergantung pada saiz rambu dan diameter penutup juntaian yang ingin dihasilkan.
FABRIK vinly glitter atau PVC berukuran 10 sentimeter (sm) panjang, 15 sm lebar. Namun ukuran bergantung pada saiz rambu dan diameter penutup juntaian yang ingin dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia