Harian Metro

Warga emas maut tercampak atas jalan

-

Bintangor: Seorang warga emas maut selepas tercampak daripada motosikal ditunggang­inya dalam kemalangan di Jalan Kelupu di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 4.30 pagi itu berlaku apabila motosikal Honda Wave dinaiki Kiing Song Kwong, 74, hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Meradong Deputi Superinten­dan Sopian Abu Bakar berkata, kemalangan kendiri itu menyebabka­n Kiing meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah anggota badan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kemalangan mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Sibu ke Bintangor.

“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikaln­ya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan meluncur di atas jalan akibat laluan yang licin selepas hujan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kejadian diklasifik­asikan sebagai kemalangan kendiri,” katanya.

Sopian berkata, pihaknya meminta saksi kejadian tampil ke balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan lanjut.

“Mayat dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Polis menasihatk­an orang ramai berhati-hati ketika memandu kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakang­an ini,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN motosikal yang ditunggang mangsa.
KEADAAN motosikal yang ditunggang mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia