Harian Metro

Jeritan minta tolong

5 beranak tinggal sehelai sepinggang rumah 2 tingkat hangus

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

“Saya lihat ada orang keluar dari rumah itu sambil menjerit meminta tolong,” kata Adif Johani, 23, saksi kebakaran sebuah rumah di Kampung Kokob, Jalan Tanah Merah di sini, semalam.

Pada kejadian jam 1.20 pagi itu, lima beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah dua tingkat didiami mereka, musnah sepenuhnya akibat kebakaran berkenaan.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas semua penghuni rumah terbabit sempat menyelamat­kan diri.

Adif yang juga penduduk kampung Kokob berkata, sebelum kejadian, dia menonton filem menerusi ‘laptop’ dengan memakai fon telinga (earphone) di rumahnya.

Katanya, secara tiba-tiba, dia mendengar bunyi bising dari rumah jiran yang terletak 30 meter (m) dari kediamanny­a.

“Sebaik keluar dari rumah, saya melihat api marak sehingga ruang tamu rumah jiran.

“Mujur semua ahli keluarga dalam rumah menyelamat­kan diri,” katanya.

Adif yang masih tidak bekerja berkata, dia difahamkan penghuni rumah itu hanya terjaga selepas sebahagian siling rumah mereka runtuh selepas terbakar. “Difahamkan, kemungkina­n besar, api bermula dari dapur rumah itu sebelum merebak ke bahagian depan rumah,” katanya.

Lelaki itu berkata, penduduk kampung membantu memadam kebakaran dengan menggunaka­n air diangkut menggunaka­n baldi.

Bagaimanap­un, usaha itu gagal kerana api merebak dengan cepat.

“Penduduk membantu menghubung­i bomba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Jimmy Lagung berkata, sebaik menerima panggilan jam 1.27 pagi, dua jentera dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, jentera bomba sukar memasuki kawasan rumah yang terbakar kerana laluan sempit.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati rumah terbabit terbakar sepenuhnya.

“Kami terus melakukan usaha memadam kebakaran sebelum api dikawal sepenuhnya jam 1.50 pagi. Operasi tamat sepenuhnya tiga jam kemudian. Punca kejadian dan nilai kerugian masih disiasat,” katanya.

FAKTA Kebakaran berlaku jam

1.20 pagi

 ?? FOTO: RECQUEL RAIMI ?? RUMAH dua tingkat yang musnah dalam kebakaran di Kampung Kokob, Ranau, semalam.
FOTO: RECQUEL RAIMI RUMAH dua tingkat yang musnah dalam kebakaran di Kampung Kokob, Ranau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia