Harian Metro

Tempat tak selesa tapi...

Pelajar cemerlang STAM gemar bermalam dalam kelas kerana mahu fokus

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro.com.my

“Sebulan sebelum peperiksaa­n, saya dan beberapa rakan bermalam di dalam kelas untuk sama-sama mengulang kaji pelajaran,” kata Abdul Halim Taslim, 19, yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut, di sini, mendapat enam pangkat Mumtaz (cemerlang) dan empat Jayyid Jiddan (sangat baik) bagi 10 mata pelajaran.

Katanya, idea bermalam dalam kelas itu tercetus selepas dia lebih gemar belajar di dalam kelas berbanding di luar waktu sekolah ataupun di asrama.

“Saya bersama beberapa rakan bermalam di kelas kerana mahu fokus dalam pelajaran. Saya tidak mahu terlalu selesa ketika di asrama sehingga menyebabka­n saya leka dan akhirnya terlajak tidur. Di kelas, saya bersama lima hingga 10 rakan tidur di atas lantai dalam keadaan sejuk.

“Sudah pasti tidak dapat tidur dengan nyenyak seperti tidur di atas tilam di asrama. Lalu saya ambil ‘kekurangan’ ini sebagai peluang bangun mengerjaka­n solat sunat dan Subuh berjemaah dengan rakan sebelum kami sama-sama mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Menurut anak pertama daripada lima beradik ini yang berasal dari Putatan itu, usahanya itu membuahkan hasil apabila dia mendapat keputusan cemerlang dalam STAM kali ini.

“Saya dalam perancanga­n mahu melanjutka­n pengajian di peringkat universiti di Mesir atau Madinah dalam bidang agama,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi pensyarah.

 ??  ?? ABDUL Halim (kiri) bersama Umar Haneef dan Umairah menunjukka­n sijil keputusan mereka dengan memperoleh Mumtaz dalam keputusan STAM 2017.
ABDUL Halim (kiri) bersama Umar Haneef dan Umairah menunjukka­n sijil keputusan mereka dengan memperoleh Mumtaz dalam keputusan STAM 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia