Harian Metro

Bina 122 rumah mampu milik

-

Kuching: Sebanyak 122 unit Rumah Mampu Milik (RMR) dibina di Kampung Bunga Rampai, di sini, bagi menyediaka­n kemudahan perumahan kepada penduduk di kampung itu. Projek perumahan itu dilaksanak­an Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak melalui kontraktor Saratech Sdn Bhd.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, pelaksanaa­n projek hasil inisiatif kerajaan negeri itu cukup penting kepada penduduk di kawasan kampung itu.

Ini kerana katanya, selain memberi kemudahan rumah, ia juga alternatif bagi menyelesai­kan masalah banjir dan ancaman tanah runtuh yang membelengg­u penduduk di situ sejak sekian lama.

Menurutnya, melalui projek RMR itu, penduduk boleh berpindah ke kawasan yang lebih selamat di samping membolehka­n mereka tinggal dalam kediaman yang lebih selesa.

“Sebilangan besar penduduk Kampung Bungai Rampai mendirikan rumah di tebing sungai menyebabka­n mereka sering dilanda banjir dan terdedah kepada ancaman tanah runtuh.

“Saya gembira kerana hampir 35 tahun penduduk di kampung itu menunggu projek seperti ini, saya yakin ia memberi banyak manfaat kepada penduduk di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n penyerahan Perakuan Pemilikan Tapak Projek RMR Kampung Bunga Rampai antara HDC Sarawak kepada Saratech Sdn Bhd, di sini, kelamrin.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif HDC Sarawak Mohamad Asman Ahmad, Pegawai Daerah Bau Anielia Siam, dan Ketua Kampung Bunga Rampai Rafaee Bujang.

Mengenai harga rumah dan tarikh mula projek dijalankan, Lo tidak mahu menjelaska­n lanjut mengenai perkara itu.

 ??  ?? LO (dua dari kanan) bersama Mohamad Asman (kanan) dan Anielia (kiri) melihat pelan Projek RMR Kampung Bunga Rampai, Kuching.
LO (dua dari kanan) bersama Mohamad Asman (kanan) dan Anielia (kiri) melihat pelan Projek RMR Kampung Bunga Rampai, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia