Harian Metro

PANCARAN NUR 8 MUMTAZ

- Norizzah Baharudin am@hmetro.com.my

Melaka

“Mujur tak berhenti sekolah. Keputusan meneruskan pengajian dengan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), ternyata membawa hikmah buat saya,” kata pelajar lelaki terbaik STAM 2017, Luqman Hakim Syahbudin, 19,

Anak sulung daripada tujuh adik-beradik itu memperoleh lapan Mumtaz dan dua Jayid Jiddan pada majlis pengumuman keputusan Peperiksaa­n Syahadah Ibtida’iah Arabiah (SIA), Sijil Menengah Agama (SMA) dan STAM 2017 di Auditorium Masjid Al Azim,

Bukit Palah, di sini, semalam.

Keputusan peperiksaa­n diumumkan Pengarah

Jabatan Agama Islam

Melaka (JAIM) Md

Azhan Samat, hadir sama Timbalan

Pengarah

Pendidikan

Negeri Mohd

Rashid Mohd Sidek dan Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan negeri Ahmad Hamizi Abu Hassan.

Pelajar Sekolah Menengah Agama, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Al Asyraf, Pulau Sebang berkata, dia hampir berhenti sekolah kerana menerima tawaran melanjutka­n pengajian ke Universiti Malaya (UM).

Namun, ketidakmam­puan keluarga membiayai kos pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT), selain perlu mengutamak­an enam adik-beradik lain menyebabka­n dia membatalka­n hasrat untuk mendaftar di UM.

“Ketika itu saya kena fikir kemampuan

keluarga, susah kalau tidak menerima sebarang tajaan biasiswa. Semangat saya untuk meneruskan pengajian di IPT semakin membara selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n percubaan STAM.

“Alhamdulil­lah, usaha saya tidak sia-sia selain mendapatka­n petunjuk dengan melakukan solat sunat istikharah hingga membawa kepada kejayaan ini, namun perjalanan saya masih panjang.

“Selepas ini saya bercadang menyambung pengajian di UM atau Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) kalau tidak menerima tawaran sebarang tawaran ke luar negara,” katanya.

Remaja itu yang ditemani bapa,

Syahbudin Senin, 45, dan ibu, Hamsidah Abu Hassan, 43, berkata, amalan membaca al-Quran dan tidak mengambil makanan ringan banyak membantuny­a fokus ketika di dalam kelas dan sesi mengulang kaji pelajaran.

“Bagi mendapatka­n ketenangan saya menjadikan masjid sebagai lokasi mengulang kaji pelajaran. Kebiasaann­ya saya mula mengulang kaji selepas solat Maghrib, sebelum pulang ke rumah dan berehat,” katanya.

Sementara itu Md Azhan berkata, seramai 985 pelajar menduduki peperiksaa­n SIA, SMA dan STAM bagi tahun 2017 di negeri Melaka yang mana seramai 461 pelajar menduduki

SIA.

 Pelajar terbaik STAM 2017 mahu lanjut pengajian ke IPT

“Peratus calon lulus meningkat daripada 93.5 peratus pada 2016 kepada 97 peratus pada untuk 2017 dengan peningkata­n sebanyak 3.5 peratus membabitka­n seramai 142 pelajar memperoleh Sijil Mumtaz.

“Namun bagi SMA, rekod calon lulus tahun ini menurun kepada 91.5 peratus berbanding 95 peratus pada 2016, dengan 27.2 peratus beroleh Mumtaz berbanding 41.6 peratus Mumtaz pada 2016,” katanya.

Md Azhan berkata, STAM pula mencatatka­n peningkata­n bagi pencapaian Mumtaz apabila tujuh pelajar beroleh Mumtaz pada 2017 berbanding dua pelajar pada tahun 2016 yang mana seramai 97 pelajar layak menerima sijil berbanding 63 pelajar bagi 2016.

“Ini hadiah buat ibu bapa angkat saya selain penghargaa­n untuk diri sendiri,” kata Siti Zulaikha Abdullah, 19, yang memperoleh 9 Mumtaz (cemerlang) dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 diumumkan, semalam.

Pelajar Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu itu berkata, hanya cemerlang dalam pelajaran mampu diberikan sebagai hadiah untuk menghargai pengorbana­n ibu bapa angkatnya.

Menurutnya, bapa angkat, Ahmad Yusoff, 53, hanya bekerja sebagai buruh, manakala ibu angkatnya, Siti Nurbayaa Ismail, 49, mengambil upah RM10 sehari mengasuh anak jiran.

“Mereka sudah banyak berkorban menjaga saya sejak kecil. Hanya kejayaan dalam pelajaran dapat saya beri untuk membalas jasa mereka dan Insya-Allah selepas ini dapat melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya bercita-cita mendalami bahasa Arab atau bidang syariah dan mahu melanjutka­n pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir,” katanya

 ??  ??
 ?? Luqman ?? LUQMAN dikucup ibu bapanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n SIA, SMA, STAM di Masjid Al-Azim, Bukit Palah. Selepas ini saya
bercadang menyambung pengajian di UM
atau UIAM
Luqman LUQMAN dikucup ibu bapanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n SIA, SMA, STAM di Masjid Al-Azim, Bukit Palah. Selepas ini saya bercadang menyambung pengajian di UM atau UIAM
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Asyraf (kiri) memperoleh­i Mumtaz Sofi bersama Muhammad Nazmi Nazim yang mendapat keputusan Mumtaz dalam STAM di Maahad Johor. MUHAMMAD Asyraf (dua dari kiri) bersama Pengetua Maahad Johor, Suliman Dumang (tengah) dan rakan-rakan meraikan kejayaan STAM.
MUHAMMAD Asyraf (kiri) memperoleh­i Mumtaz Sofi bersama Muhammad Nazmi Nazim yang mendapat keputusan Mumtaz dalam STAM di Maahad Johor. MUHAMMAD Asyraf (dua dari kiri) bersama Pengetua Maahad Johor, Suliman Dumang (tengah) dan rakan-rakan meraikan kejayaan STAM.
 ??  ?? DARI kiri, Siti Zulaikha, Nur Farisya Nadhira Muhammad dan Siti Anis Zaidi menunjukka­n keputusan STAM mereka.
DARI kiri, Siti Zulaikha, Nur Farisya Nadhira Muhammad dan Siti Anis Zaidi menunjukka­n keputusan STAM mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia