Harian Metro

PELAKON WANITA KEMUKA BUKTI

 Pelakon tambahan dakwa miliki foto bogel lelaki wakil agensi lakonan

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor am@hmetro.com.my

“Saya ada bukti menunjukka­n lelaki dari agensi itu bergambar bogel bersama pelakon tambahan.

“Selepas mereka tahu saya menentang, pelbagai cara dibuat untuk menjatuhka­n saya,” kata pelakon tambahan, Wan Nur Elaine Wahed, 28, yang mendedahka­n tindakan sebuah agensi lakonan di Kuala Lumpur mengajakny­a bergambar bogel selepas diberi peluang berlakon.

Wan Nur Elaine berkata, dia tampil mendedahka­n identiti diri kerana tidak mahu orang lain menjadi mangsa seterusnya.

“Saya memiliki banyak bukti termasuk gambar bogel lelaki itu. Sebaik menolak pelawaanny­a (berbogel bersama), dia berang dan cuba mengenakan saya,” katanya.

Jelasnya, lelaki berusia 29 tahun itu memfitnah kononnya dia sombong, berlagak seperti diva dan tidak menegur pekerja lain ketika di lokasi penggambar­an.

“Semua fitnah tersebar menerusi kumpulan di aplikasi WhatsApp tidak benar. Sebaik saya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, 7 Januari lalu, lelaki itu mengugut saya,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu menyunting foto peribadiny­a menjadi gambar bogel sebelum dimuat naik di Facebook.

“Saya hanya mempertaha­nkan diri apabila membuat aduan kepada polis dan SENIMAN (Persatuan Seniman Malaysia). Kalau saya tipu, saya tidak akan ditemani sembilan rakan mengalami nasib sama,” katanya.

Menurut Wan Nur Elaine, sejurus membintang­i watak pelakon pembantu sebuah telefilem pada 3 dan 4 Januari lalu, lelaki itu meminta ganjaran khas iaitu bergambar bogel dalam bilik mandi.

“Saya masih menyimpan bukti pelawaanny­a. Malah dia turut mengajak saya bercuti dengan alasan berkarya atas kepuasan sendiri,” katanya sambil memberitah­u lelaki itu turut mengugutny­a bahawa lakonan itu terakhir bagi dirinya.

Tidak cukup dengan itu katanya, pengasas agensi berkenaan melengah-lengahkan bayaran lakonan RM130 dan hanya mahu memberi RM100.

“Selepas bertengkar, dia merakam perbalahan kami dan menyebarka­n kononnya saya ini sombong,” katanya.

Jelasnya lagi, dakwaan lelaki itu dia lewat datang ke lokasi penggambar­an tidak benar kerana dia hadir seawal 10 pagi.

“Saya memiliki bukti dan melaporkan kehadiran melalui aplikasi WhatsApp. Sudah lapan bulan saya berlakon bersama 45 produksi berbeza, namun ini masalah pertama membabitka­n maruah diri,” katanya.

Kata Wan Nur Elaine, dia pernah membintang­i drama 13 episod berjudul Taman Diva selain menjadi tetamu dalam sitkom Mamu Mami Gosip bersama Fasha Sandha.

Saya masih simpan bukti pelawaanny­a

Wan Nur Elaine

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 16 Januari lalu.
LAPORAN Harian Metro 16 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia